Dahulu Syafiq Kyle pernah mengakui beliau bercinta dengan Uqasha Senrose meskipun aktres jelita itu tidak memberikan sebarang komen mengenainya.
Namun, hari demi hari hubungan Syafiq dan Uqasha kelihatan semakin hambar apatah lagi selepas Uqasha di gosipkan bercinta dengan beberapa lelaki.
Kini, Syafiq menerusi BH ONLINE berkata, beliau  tidak mahu dikaitkan lagi dengan Uqasha meskipun mereka masih berkawan. Cuma menurut Syafiq, hubungan mereka tidak lagi rapat seperti dahulu.
Kalau boleh, saya enggan lagi bercerita mengenai kisah lalu kerana ibu bapa turut terkena tempiasnya jika timbul sebarang kontroversi membabitkan saya. Saya masih berkawan dengan Uqasha, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti dulu.
Lagipun, industri seni kita kecil saja dan tidak manis untuk kami bermasam muka. Pada masa sama, saya meminta jasa baik semua pihak untuk tidak lagi mengaitkan nama saya dengan Uqasha kerana kami selesa menjalani kehidupan masing-masing.
Itulah, jika kita tidak pasti sesuatu hubungan itu akan menjadi lebih baik tidak dicanang sana- sini. Ambil la ia sebagai pengajaran agar tidak dikritik di kemudian hari.