Susulan Kes Langgar SOP, Neelofa Dan Suami Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Dari Semua Pertuduhan

Berita

Susulan Kes Langgar SOP, Neelofa Dan Suami Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Dari Semua Pertuduhan

Mahkamah Majistret Seremban semalam telah melepas tanpa membebaskan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling telah menarik balik semua pertuduhan.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, mahkamah telah menetapkan tarikh 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.

Terdahulu, Haris yang dikenali peminat sebagai PU Riz telah didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB iaitu tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera  dan tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai menjual karpet bertempat di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.

Manakala Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu pada tarikh yang sama.

View this post on Instagram

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menurut peguam bela yang mewakili pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah yang ditemui memaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menerima dokumen representasi dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara (melanggar SOP) ini bukanlah isu besar tapi diperbesar-besarkan.

Pasangan itu sebelum ini telah mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Jika didapati bersalah, mereka berdua berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

neelofa dan pu riz
3 years ago

"Pada Asasnya Bukan Satu Kesalahan Di Bawah Kesalahan Yang Dituduh" - Peguam Neelofa & PU Riz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...