“Pada Asasnya Bukan Satu Kesalahan Di Bawah Kesalahan Yang Dituduh” – Peguam Neelofa & PU Riz

Hiburan

“Pada Asasnya Bukan Satu Kesalahan Di Bawah Kesalahan Yang Dituduh” – Peguam Neelofa & PU Riz

Pengurusan sebutan semula kes pasangan selebriti Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Ismail yang mesra dikenali PU Riz, yang berdepan tuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) di sebuah kedai karpet di Nilai telah ditetapkan pada 1 Disember depan.

4 bulan lalu

Ditangguh Lagi, Sebutan Semula Kes Neelofa Dan PU Riz Ditunda

Advertisement

Peguam bela pasangan berkenaan, Wan Aizudin Wan Mohamed berkata kepada pihak Harian Metro, tarikh tersebut telah ditetapkan oleh mahkamah selepas pihaknya menyerahkan dokumen representasi kepada pihak pendakwaan, di mahkamah pada hari ini.

Kami memohon kepada Peguam Negara untuk menggunakan budi bicara menarik balik pertuduhan terhadap anak guam kami. Ini kerana kami merasakan pertuduhan yang dibawa terhadap anak guam kami ini pada asasnya bukanlah suatu kesalahan di bawah kesalahan yang dituduh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Tambahnya lagi, pihaknya berharap akan mendapat maklum balas mengenai perkara ini daripada Jabatan Peguam Negara menjelang sebutan semula kes pada 1 Disember, kelak.

Pada 1 Disember nanti, pihak pendakwaan akan maklumkan mengenai surat representasi berkenaan.

neelofa dan pu riz

Pada 20 Mei lalu, Neelofa dan suaminya mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Advertisement

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh mereka ketika berada di sebuah kedai menjual karpet di pusat perniagaan Nilai 3, pada 2 Mei lalu dan mereka akan berdepan dengan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

7 Comments

  1. Anonymous

    October 21, 2021 at 9:32 pm

    kaya raya tapi bodoh agama…..itula majority artis Malaysia termasuk Neelofa…..dah akhir zaman baru terhegeh-hegeh nak berpurdah si Neelofa ni……dulu sebelum berpurdah pakai seksi2, photo shoot Dewi Remaja dedah aurat……pendek kata makan duit haram dapat bayaran masa photo shoot semua tu……ramai Uztaz cakap bile kite makan duit haram, anak kite akan jadi cacat, degil atau dungu bila besar……aku tak sabar nak tengok anak Neelofa…….

    • zaleha hussin

      October 22, 2021 at 9:20 am

      walaupun kau letak nama kau anonymous, tak taulah macamana kau merangkak nanti cari neelofa kat padang mahsyar dengan kata2 macamani. masyaallah

  2. Mangkuk hayun

    October 21, 2021 at 4:32 pm

    Pasangan mangkuk! Apa yang bukan kesalahan dah kalau org lain buat, org lain boleh kena. So ko yang berduit, yang suka menunjuk itu ini, yang ada bisnes sana sinj boleh nak ngelat. Dasar!! Ko ingat ko malaikat ke? Alim tang mana pon x tau.

  3. unknown

    October 21, 2021 at 3:03 pm

    benda yg simple obviously menjadik kesalahan ditunda dari sebulan ke sebulan now Disember pulak..

  4. Anonymous

    October 21, 2021 at 2:58 pm

    kalau kes ni bukan satu kesalahan, boleh laa pulangkan balik duit2 saman org yg x scan sejahtera, dan org2 yg rentas negeri waktu PKP tu
    sebab semua org x buat salah laaa kiranya..

    ok jgn lupa claim balik denda kompaun masing2 yaaa

  5. Anonymous

    October 21, 2021 at 2:45 pm

    Dik mulut netizen. Byk org terlibat terpaksa bersusah payah. Jdi la manusia yg menyenangkan urusan n mkn org. Jgn iri busuk hati sgt.

    • Anonymous

      October 22, 2021 at 9:46 am

      Enough… Next please..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...