Susulan Bual Bicara R*gol, Astro Warna Buat Permohonan Maaf

Hiburan

Susulan Bual Bicara R*gol, Astro Warna Buat Permohonan Maaf

Setelah beberapa hari tular mengenai isu rogol membabitkan beberapa selebriti tempatan, saluran Astro Warna selaku penerbit program Rumah No. 107 akhirnya tampil memohon maaf di atas kekecohan yang telah berlaku.

fauzi nawawi
3 years ago

"Kesilapan Memang Pada Saya" - Isu Tular Babak Rogol, Fauzi Nawawi Mohon Maaf

Advertisement

Menerusi sebuah laporan media, pihak Astro Warna memaklumkan bahawa mereka memandang serius mengenai perkara itu berikutan ia merupakan sesuatu yang sensitif bagi semua pihak.

Astro WarnaSumber : Google  

Jelas stesen televisyen itu lagi, mereka tidak akan berkompromi dengan hal-hal berkaitan gangguan seksual dan diskriminasi ke atas kaum wanita.

Baru-baru ini tular di platform media sosial mengenai klip video salah sebuah program terbitan Astro Warna, Rumah No. 107. Kami di Astro Warna ingin menegaskan bahawa kami memandang serius akan perkara ini.

Selain itu, unit penerbitan Astro Warna juga berjanji akan lebih peka dan berhati-hati dengan pengisian yang bakal disiarkan dalam rancangan siaran mereka terutamanya intipati bual bicara dan juga sketsa di masa akan datang.

Terdahulu, pelakon Fauzi Nawawi serta hos terlibat Khir Rahman dan Shuk Sahar dikecam hebat berikutan tindakan mereka memperincikan secara jelas mengenai babak rogol dalam sebuah filem berjudul Anak Halal.

Fauzi Raja FarahSumber : Google  

Ia kemudiannya menjadi tular dan mencetuskan perbincangan hebat dalam kalangan netizen kerana ia jelas telah membuka aib pelakon wanita yang turut sama terlibat dalam penggambaran filem tersebut iaitu Raja Farah.

Fauzi Nawawi kemudiannya tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjurannya yang turut disahut seorang lagi pelakon dan pelawak selaku hos program berkenaan iaitu Khir Rahman.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...