Suspek ‘Sakau’ RM3 Bilion Ditahan SPRM Rupanya Model Iklan Syampu Dan Penjagaan Muka?

Kehidupan

Suspek ‘Sakau’ RM3 Bilion Ditahan SPRM Rupanya Model Iklan Syampu Dan Penjagaan Muka?

Baru-baru ini, agensi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ada memaklumkan bahawa pihak mereka telah menahan seorang suspek bergelar CEO atas dakwaan menjadi ‘orang tengah’ dalam pemberian projek kerajaan bernilai RM92.5 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi kepada kontraktor terpilih antara tahun 2020 dan 2022.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di mana dia mengesahkan penahanan itu dan kes akan disiasati mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Advertisement

Ultras Malaya
1 year ago

(VIDEO) "Si B*doh Mentaliti 'Low Class'"- Baling Cawan Berisi Sos Dan Air Dalam Stadium, Penyokong Bola Malaysia Tiada Adab?

Menjengah ke media sosial Twitter, seorang individu mendakwa suspek berkenaan merupakan model terkenal sekitar tahun 90-an dan pernah muncul dalam iklan-iklan produk seperti syampu dan penjagaan muka.

Tidak pula dipastikan kesahihannya, individu itu mendedahkan suspek berkenaan adalah Adam Radlan dan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maju Assets Sdn Bhd dan juga Timbalan Bahagian BERSATU Segambut.

Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi komen-komen warga maya yang rata-ratanya mengambil kesempatan untuk ‘flash back’ iklan tersebut yang dahulunya pernah popular dan diingati sehingga kini.

From Sunsilk to SPRM. Apa pendapat anda? 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...