Baru-baru ini, agensi Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) ada memaklumkan bahawa pihak mereka telah menahan seorang suspek bergelar CEO atas dakwaan menjadi ‘orang tengah’ dalam pemberian projek kerajaan bernilai RM92.5 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi kepada kontraktor terpilih antara tahun 2020 dan 2022.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki di mana dia mengesahkan penahanan itu dan kes akan disiasati mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Menjengah ke media sosial Twitter, seorang individu mendakwa suspek berkenaan merupakan model terkenal sekitar tahun 90-an dan pernah muncul dalam iklan-iklan produk seperti syampu dan penjagaan muka.
Tahukah anda masih ingat lagi iklan Sunsilk ni?
Heroin dia org kenal, tapi hero dia ramai tak kenal.
Kalau nak tau hero dia baru kelmarin kena berkas dgn SPRM disyaki sapu komisyen 3-5% dari RM92.5 billion projek kerajaan.
Kira tengok 4%.
Lebih RM3 billion komisyen saja. pic.twitter.com/SwkrgF2Xm4
— Fakta Bukan Auta (@FaktaBukanAuta) January 7, 2023
Tidak pula dipastikan kesahihannya, individu itu mendedahkan suspek berkenaan adalah Adam Radlan dan merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Maju Assets Sdn Bhd dan juga Timbalan Bahagian BERSATU Segambut.
Ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi komen-komen warga maya yang rata-ratanya mengambil kesempatan untuk ‘flash back’ iklan tersebut yang dahulunya pernah popular dan diingati sehingga kini.
From Sunsilk to SPRM. Apa pendapat anda?