Suspek Kes Culik Albertine Leo Ditangkap Semula, Polis Jumpa Alat Mainan S*ks & Bahan Lucah Di Rumah

Trending

Suspek Kes Culik Albertine Leo Ditangkap Semula, Polis Jumpa Alat Mainan S*ks & Bahan Lucah Di Rumah

Dalam perkembangan terbaru kes culik kanak-kanak perempuan 6 tahun, Albertine Leo Jia Hui, polis telah menahan semula salah sorang suspek.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, tangkapan dibuat selepas pihak polis menemukan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di rumah suspek di Kulai, Johor.

Advertisement

suspek culik albertine leo

Sebelum ini, tempoh sambungan reman suspek tamat hari ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis sebelum tangkapan semula dibuat.

Suspek berusia 31 tahun dan merupakan warga tempatan akan dibawa ke mahkamah esok untuk mendapatkan perintah reman sekali lagi.

Siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

albertine leo

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Manakala bagi Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Selain itu, kami kongsika artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

albertine leo dah dijumpai
2 months ago

Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor Bahru, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...