Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor Bahru, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali

Berita

Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor Bahru, Albertine Leo Ditemui Selamat Di Batang Kali

Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang bernama Albertine Leo telah pun ditemui selamat di Batang Kali, Selangor dalam keadaan baik-baik saja.

Difahamkan dari laporan Buletin TV3, penemuan kanak-kanak yang hilang pada Sabtu lalu di Iskandar Puteri, Johor Bahru itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebentar tadi.

Advertisement

Sekadar info, sebuah syarikat konsultan telah menjanjikan wang ganjaran sebanyak RM50,000 jika ada mana-mana individu menjumpai kanak-kanak perempuan, Albertine Leo.

Berita susulan akan menyusul sebentar lagi.

Difahamkan, polis menahan tiga individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan dan tiga individu warga tempatan itu ditahan di sekitar Gelang Patah, jam 1.30 tengah hari.

Kes diklasifikasikan semua kepada Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurungnya secara sulit dan salah.

3 months ago

Kes Kanak-Kanak Hilang Di Johor, Syarikat Konsultan Beri Ganjaran RM50,000 Jika Jumpa Albertine Leo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Buletin TV3

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...