Written by AbangNara | August 19th, 2014

Aduh. Sedihnya Abang Nara membaca luahan hati Alyah. Umpama hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati ayah. Sebelum ini Alyah pernah berjanji untuk merungkaikan status hubungannya dengan Ramli MS selepas Hari Raya, namun sehingga ke hari ini, ia tetap menjadi misteri sehingga persoalan tersebut timbul kembali. Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Alyah mengakui tertekan dan tidak tahu di mana mahu meletakkan maruah dirinya.
alyah

Panjang lebar luahan hati Alyah kali ini. Memang dapat dirasakan betapa dirinya tertekan dengan apa yang terjadi. Nak beritahu perkara sebenar pun tak boleh. Terpaksa dipendam. Pasti perit hati Alyah menanggung semua ini. Kata Alyah:-

Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun. Yang difokus selalunya pada pihak saya dan orang tak berani tanya pihak lagi satu. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh pula. Di mana saya nak letak maruah saya sebagai seorang wanita. Saya agak tergugat dengan hal ini.

Cuma saya tak pernah putus memanjangkan doa supaya isu tergantung ini akan berakhir dengan penjelasan nyata. Ia jadi susah apabila satu pihak lagi okay dan satu lagi sebaliknya. Jadi di pihak saya, nak cakap pun susah.

Jadi apa yang selalu keluar di media sosial mahupun cetak, atau yang sering dikomen orang tempiasnya tetap pada saya. Ada yang cakap kenapa perlu berkawan dengan dia, tapi tak berani nak mengaku. Bayangkan apa yang saya tanggung dan lalui ini. Dalam hati sering tertanya-tanya, dugaan apakah ini? Saya sendiri pernah terdetik, susahnya nak cari kebahagiaan sebagai seorang wanita.

Bukan tiada yang memberi sokongan, tapi saya memohon pengertian daripada kawan, peminat dan rakan media juga orang di luar sana. Kalau dapat ditunjukkan semua ini seperti semudah melafaz A, B, C… memang senang hidup. Tapi saya tak mampu berbuat demikian dan hanya tabah melaluinya. Saat ini sokongan daripada mereka yang memahami amat dihargai.

Kalau saya lelaki barangkali senang untuk memutuskan itu dan ini. Hakikatnya saya hanya seorang wanita. Tapi itu tak bererti saya menyalahkan takdir dilahirkan sebagai wanita. Saya memang tiada pilihan lain selain terus berdiam diri. Saya perlu jaga maruah keluarga. Saya sudah lali dengan semua ini. Saya telan apa saja orang kata.

Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran ramai. Saya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu nanti pada kemudian hari ia jadi bertambah buruk.

Selama saya memulakan kerjaya, sudah terlalu banyak perkara buruk yang dilalui. Saya mengambil masa yang lama untuk menyerlah dan berada pada kedudukan sekarang. Jadi, banyak benda yang saya belajar sekali gus berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

Saya berharap semua memahami situasi yang saya lalui. Insya-Allah apabila tiba masanya, semua yang terbuku tanpa perlu dipaksa akan dihuraikan dengan kerelaan. Saya memohon pengertian sepanjang tempoh penantian itu.

alyah

Sabarlah Alyah. Memang sudah tertulis nasib anda sebegini. Jangan tertekan sangat. Yang penting anda tahu perkara sebenar. Berdoalah banyak-banyak agar hati Ramli MS terbuka untuk memberitahu perkara sebenar. Kami selaku peminat pun tak sabar sebenarnya nak tahu status hubungan anda berdua. Insya Allah satu hari nanti akan terungkai jua. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah

  1. andalusia says:

    laaa.. ape ke payah nye nak ngaku single or kawen. x phm aku

    0

    0
  2. AkuSeorangWanita says:

    Itulah nasib wanita bila mendapat lelaki yg sangat menjaga keegoannya.. apa boleh buat jika perasaan cinta mengatasi segalanya, berdiam, akur dan pasrah..

    0

    0
    • humble says:

      Agaknya dh kahwin…wanita dh kahwin kan kena taat ckp suami…kalo ramli xbg bgtau, alyah xde pilihan selain berdiam dri….Tapi mungkin jugak belom…sebab alyah ckp ‘bgikan dia yg terhegeh2’….
      tpi kalo belom kahwin, xpayah la tgu ramli ni…mcm laki yg x bertanggungjawab..dok heret hal ni bertahun2…xkesian langsung dkt alyah…

      0

      0
      • Betul tu ... says:

        Betul….. betul……. betul .. Perempuan yg merana …. tp dlm islm klu dah kawin kene war warkan … phk lelaki kenelah simpati nasib pompuan dlm dilema … sian gak tak tau aper citer dorang sbnrnya … tp jngn lah masuk laman sosial nnti jatuh fitnahlah plak … buat things complctd jer …

        0

        0
  3. mai has says:

    bertabahlah alyah…cari yang lain sajeee…hehe

    0

    0
  4. Mdm Poppy says:

    Sound mcm Alyah dah kahwin tapi tergantung tak bertali? Sian…

    0

    0
  5. Kak Pora says:

    alahaiii..kesian u! yelaaa..Ramli Ms kan nak jadi lagend! so,tanggunglah!

    0

    0
  6. Ego tu rugi says:

    Btul lh..aq rsa Alyah ni dh kwin,tp mnghrap c
    Ramly umunkn prkhwinan diorg.tp d sbb kn ego
    yg mlmpau atau ade sbb trtntu yg Ramly
    prlu rahsia kn..tnggu lh mngkin stahun,dua thun atau
    10 thun.The best thing /jln akhir yg mmpu kite wat
    brdoa dn brdoa.mne tau tup2 esok trus lombut
    Ramly tu.

    0

    0
  7. jaja says:

    separuh sayangmu di hati..
    separuh lg kau bawa pergi
    tiada arah jodoh kita…
    tuhan tentukan~
    mana harus ku hamparkan..rindu tiada kesudahan…..

    0

    0
  8. Anonymous says:

    Ramli MS nie mcm gud2 je ak nengok…

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      dia memang gud2 cuma muka dia Nampak garang tapi dia tk garang …dia very the sentimental orang Nye…sape dapat kawin ngan dia boleh la belajar main pingano tol tk ramli !!

      0

      0
  9. Anonymous says:

    klo peminat nak tau, ikut je la dia balik kat mana. tau la mrka ni laki bini ke tak. ramli yg dah tua tu pun mcm tak sedar diri. wartawan pulak penakottt. p la interbiu si ramli tu gak.

    0

    0
  10. Aida says:

    Buat Alyah…jangan takut dengan Bayang Bayang yang di Cipta oleh Manusia yang tiada Pendirian di Bumi Nyata…Rupa..wang..kehidupan semua dah lengkap di Beri Allah..Melalui Pengalaman..Lelaki Yang Angkuh dan Merasai Dirinya Sempurna…Dan Tak Iklas Sukar Nak Buat Keputusan…Alyah kena Buat Keputusan Walau Pun Perit..tak Guna Menagguk Di Air Yang Keruh..Masih Banyak lagi Insan di Luar Sana yang mampu Memberi Kebahagian Kepada Anda.!!! Selalu jika sesaorang yang benar benar Mencintai Diri Kita..akan sentiasa membuat kita Bahgia…dan sanggop berkorban apa sajer…tapi keadaan Anda di sebaliknya. Jangan anda berfikir hanya ada Seorang Lelaki Sajer di Dunia yang sunggoh Luas ini. Do Not Waste Your Time…Lifes very Precious..You Deserved to be Happy.

    0

    0
  11. hikaru says:

    Nk ngaku kawen pun payah..xyah jd artis la..

    0

    0
  12. SJ2 says:

    semua wartawan takut nk interview ramli m.s.. hahaha..pe kate suh wartawan (xtau nama dia) yg bongkar cite wawa zainal tu yg g terjah..xpn suh die g selidik ke..die kn terer bab2 tu…ye dak..

    0

    0
  13. hiho says:

    ko jaga sikit anak ko ni ramli ms. si nadiah ramli,. dah mcam kapir aku tgk. kawan plak ngn alicia amin

    0

    0
  14. aku adalah aku says:

    x suka alyah ni…poyo..
    aku komen kt jubbah (kalau boleh dipanggil jubbah lah kan) yg dia kuarkn…dia g blok aku…pdhal aku komen mbina..apa motif kuarkn jubbah lau dpn senteng, smpi lutut? otak letak lutut ke? apa motif kuarkn tudg lau labuh blkg, dpn nganga? sengal btol..trus aku x minat psl dia ni.huhhh…

    0

    0
  15. Kopi Jantan says:

    Cari je jantan lain…

    0

    0
  16. anon says:

    Mmglah susah jadi perempuan. Walau ugama ape sekalipun, perempuan ni 2nd class citizen je, always ditindas & tertindas. Lebih2 lagi sebagai org islam. Segala2 kelebihan ade pd kaum lelaki. Malang sebenarnya dilahirkan sebagai perempuan…

    0

    0
  17. Cik Rini says:

    Sekiranya anda berdua sudah berkahwin…amatlah kasihan kerana sbgi seorg isteri, Alyah tertakluk dibawah arahan suami. Sebagai seorg suami, buanglah rasa ego dan sombong…jgn lah meletakkan seorg isteri di pertengahan antara dosa atau pahala. KASIHANILAH WANITA , KERANA WANITA LEBIH2 LAGI SEORANG ISTERI ADALAH INSAN YANG LEMAH DAN PERLU DILINDUNGI & DISAYANGI SEBAIKNYA SEIKHLASNYA.

    0

    0
  18. cHe Sue says:

    Kesiannyer Alyah…sabar lah bebanyak yea. tapi kalau belum kawin elok lah pergi cari yang lain. Kalau dh kawin doa lah banyak2 biar Allah lembutkn hati die. Kepada Ramly tak elok tau rahsiakan perkahwinan…boleh menimbulkan fitnah. pikir-pikirkan lah.

    0

    0
  19. […] Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah (22) […]

    0

    0
  20. […] Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah (23) […]

    0

    0
  21. […] sumber (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); […]

    0

    0