Alyah Bakal Jelaskan Status Dengan Ramli MS Hujung Tahun Ini

Hiburan

Alyah Bakal Jelaskan Status Dengan Ramli MS Hujung Tahun Ini

Sehingga ke hari ini, status hubungan antara Alyah dan Ramli MS masih menjadi persoalan ramai. Ada desas-desus menyatakan mereka sudah berkahwin, ada pula menyatakan sebaliknya. Sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan konkrit sama ada dari Alyah atau pun dari Ramli MS sendiri. Senang cerita, kita masih diselubungi misteri.

ramli ms dan alyah

Advertisement

Berkata kepada BiPop semalam, Alyah ternyata lebih selesa untuk tidak mengiyakan atau menafikan sebarang spekulasinya dengan komposer muzik itu. Menurut Alyah, segala persoalan ini akan dirungkaikan olehnya hujung tahun ini. Kata Alyah:-

Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang berlegar dalam fikiran ramai. Ramai yang mengharapkan jawapan pasti, tetapi itu tidak bermakna saya cuba lari daripada kenyataan hidup.

Saya sendiri mengharap ada penamat di atas semua yang menjadi tanya tanya selama ini. Saya sedar benda ini terus berlarutan dan ramai yang akan bertanya. Selalunya orang akan tanya saya dan bukan dia (Ramli MS). Insya Allah akan tiba masanya, Alyah tanpa ragu akan merungkaikannya.

Selama ini, kalau pihak saya saja yang bersedia untuk menjelaskan sesuatu dan tidak di pihak sebelah sana, ia tak boleh terjadi juga. Dalam hal ini, banyak hati yang perlu dijaga. Saya tak boleh sewenang-wenangnya bertindak atau membuat keputusan sendiri.

Sekali lagi buat peminat atau sesiapa saja di luar sana tidak kira yang menyukai mahupun membenci diri ini, saya dengan rendah hati memohon doa daripada anda semua supaya pengakhirannya nanti terbaik buat semua.

ramli ms dan alyah

Macam ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Alyah dalam kata-katanya di atas. Tak apalah Alyah. Pasti Alyah ada sebab tersendiri yang amat kukuh untuk tidak menjelaskan status dirinya. Yang penting, asalkan Alyah bahagia di samping orang tersayang sudahlah. Cuma satu hari nanti, apabila sudah bersedia, bolehlah buat kenyataan sidang media untuk memperjelaskan segalanya. Semoga hari itu akan tiba secepat mungkin. Insya Allah.

P.S: Fotografi makro embun yang sangat jelas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...