Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah

Hiburan

Susahnya Nak Cari Kebahagiaan Sebagai Seorang Wanita – Alyah

Aduh. Sedihnya Abang Nara membaca luahan hati Alyah. Umpama hendak ditelan mati emak, hendak diluah mati ayah. Sebelum ini Alyah pernah berjanji untuk merungkaikan status hubungannya dengan Ramli MS selepas Hari Raya, namun sehingga ke hari ini, ia tetap menjadi misteri sehingga persoalan tersebut timbul kembali. Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Alyah mengakui tertekan dan tidak tahu di mana mahu meletakkan maruah dirinya.
alyah

Panjang lebar luahan hati Alyah kali ini. Memang dapat dirasakan betapa dirinya tertekan dengan apa yang terjadi. Nak beritahu perkara sebenar pun tak boleh. Terpaksa dipendam. Pasti perit hati Alyah menanggung semua ini. Kata Alyah:-

Advertisement

Saya tak pernah secara spesifik cakap akan umumkan semua ini selepas raya. Ia boleh jadi hujung tahun atau awal tahun. Yang difokus selalunya pada pihak saya dan orang tak berani tanya pihak lagi satu. Nampak macam saya yang terhegeh-hegeh pula. Di mana saya nak letak maruah saya sebagai seorang wanita. Saya agak tergugat dengan hal ini.

Cuma saya tak pernah putus memanjangkan doa supaya isu tergantung ini akan berakhir dengan penjelasan nyata. Ia jadi susah apabila satu pihak lagi okay dan satu lagi sebaliknya. Jadi di pihak saya, nak cakap pun susah.

Jadi apa yang selalu keluar di media sosial mahupun cetak, atau yang sering dikomen orang tempiasnya tetap pada saya. Ada yang cakap kenapa perlu berkawan dengan dia, tapi tak berani nak mengaku. Bayangkan apa yang saya tanggung dan lalui ini. Dalam hati sering tertanya-tanya, dugaan apakah ini? Saya sendiri pernah terdetik, susahnya nak cari kebahagiaan sebagai seorang wanita.

Bukan tiada yang memberi sokongan, tapi saya memohon pengertian daripada kawan, peminat dan rakan media juga orang di luar sana. Kalau dapat ditunjukkan semua ini seperti semudah melafaz A, B, C… memang senang hidup. Tapi saya tak mampu berbuat demikian dan hanya tabah melaluinya. Saat ini sokongan daripada mereka yang memahami amat dihargai.

Kalau saya lelaki barangkali senang untuk memutuskan itu dan ini. Hakikatnya saya hanya seorang wanita. Tapi itu tak bererti saya menyalahkan takdir dilahirkan sebagai wanita. Saya memang tiada pilihan lain selain terus berdiam diri. Saya perlu jaga maruah keluarga. Saya sudah lali dengan semua ini. Saya telan apa saja orang kata.

Terpulang jika ada yang anggap saya sudah kahwin. Selama ini pun, saya tidak pernah mengaku atau menafikan persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikiran ramai. Saya memilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu nanti pada kemudian hari ia jadi bertambah buruk.

Selama saya memulakan kerjaya, sudah terlalu banyak perkara buruk yang dilalui. Saya mengambil masa yang lama untuk menyerlah dan berada pada kedudukan sekarang. Jadi, banyak benda yang saya belajar sekali gus berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

Saya berharap semua memahami situasi yang saya lalui. Insya-Allah apabila tiba masanya, semua yang terbuku tanpa perlu dipaksa akan dihuraikan dengan kerelaan. Saya memohon pengertian sepanjang tempoh penantian itu.

alyah

Sabarlah Alyah. Memang sudah tertulis nasib anda sebegini. Jangan tertekan sangat. Yang penting anda tahu perkara sebenar. Berdoalah banyak-banyak agar hati Ramli MS terbuka untuk memberitahu perkara sebenar. Kami selaku peminat pun tak sabar sebenarnya nak tahu status hubungan anda berdua. Insya Allah satu hari nanti akan terungkai jua. Sama-samalah kita doakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...