Penyanyi Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea dikhabarkan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak di Kuala Berang, Terengganu kerana enggan bertanggungjawab terhadap kerosakan pada keretanya.
Menurut perkongsian pasangan itu di Instagram,pada 17 Mac lalu kereta jenis Mercedes dipandu Haqiem tiba-tiba tidak dapat bergerak selepas mengisi minyak di stesen tersebut.
Kata Anis, selepas selesai isi minyak mereka meninggalkan stesen tetapi lebih kurang 100 meter kemudian kereta tersebut mengeluarkan tanda amaran kerosakan pada enjin.
Mungkin pihak stesen tidak memeriksa tangki yang menyalurkan minyak. Kereta tiba-tiba tidak boleh bergerak di tengah lebuh raya. Malah, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku ketika kami mengisi minyak di mana-mana stesen lain.”
Mereka kemudian dibantu oleh pekerja yang membaiki jalan dan kereta tersebut diparkir di kawasan tersebut buat sementara waktu.
Selepas kira-kira 4 jam, trak tunda sampai dan bawa kereta itu ke bengkel di Kuala Terengganu di mana mereka dimaklumkan bahawa terdapat air yang dipercayai masuk ke dalam tangki minyak kereta.
Pada 19 Mac lalu, pihak bengkel maklumkan kepada kami bahawa kereta mengandungi air yang banyak dalam tangki minyak dan anggaran kos membaikinya kira-kira RM50,000.”
Bagaimanapun, pihak stesen minyak terbabit didakwa tidak mahu memberikan kerjasama seperti yang dijanjikan dan selepas lebih sebulan masih tiada maklum balas daripada mereka.
Sekarang kerja banyak tergendala disebabkan tiada kereta tiada, itulah satu-satunya kereta yang kami ada. Jadi, memang susah sekarang ini.”