“Saya Terima Ujian Ni, Saya Dah Cuba Jadi Suami Yang Baik Kepada Anis” – Haqiem Rusli Jawab Isu Isteri ‘Free Hair’

Hiburan

“Saya Terima Ujian Ni, Saya Dah Cuba Jadi Suami Yang Baik Kepada Anis” – Haqiem Rusli Jawab Isu Isteri ‘Free Hair’

Setelah membuat keputusan untuk kembali free hair, isteri penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima kecaman yang hebat daripada para netizen sejak beberapa hari yang lalu.

Sebagai suami, Haqiem menegaskan bahawa dirinya sudah menjadi suami terbaik buat Anis sepanjang mendirikan rumah tangga bersama dan lumrah sebagai pasangan suami isteri menerima ujian dalam hidup.

Advertisement

Apabila ditanyakan sama ada Anis membuka tudung adalah salah satu ujian dalam rumah tangga, penyanyi itu berkata ia adalah salah satunya tetapi sebagai suami, Haqiem akan sedaya upaya berusaha.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???????- ?????????? (@haqiemrusli98_)

Saya sudah cuba sehabis baik untuk menjadi suami yang baik kepada Anis. Saya terima ujian ini. Kita bagi dia masa dan saya juga tidak mahu memaksa.

Dalam pada masa yang sama, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu enggan mengambil pusing dengan andaian serta rekaan cerita orang luar mengenai hubungan bersama isteri di media sosial.

Sebelum ini, tercetus satu spekulasi serta tanda tanya mengenai rumah tangga Haqiem Rusli setelah isteri, Anis Sofea memadam semua fotonya bersama suami di Instagram.

Sekadar info, Haqiem Rusli dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga pada tanggal 19 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

11 months ago

"Dia Baru 21 Tahun.." - Hijab Dah 'Terbang', Haqiem Rusli Enggan Paksa Isteri Bertudung

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...