“Susah Sangat Ke Nak Keluar!” – Pelanggan ‘Sidai’ Rider Ketika Ribut Petir Di Luar Rumah Bikin Netizen Berang

Kehidupan

“Susah Sangat Ke Nak Keluar!” – Pelanggan ‘Sidai’ Rider Ketika Ribut Petir Di Luar Rumah Bikin Netizen Berang

Menjadi pekerja perkhidmatan penghantaran atau lebih mesra dipanggil rider bukanlah satu kerja yang mudah. Selain dari berdepan dengan risiko kemalangan jalan raya, cuaca hujan panas juga merupakan salah satu ujian yang perlu dihadapi.

Rasanya semua pernah rasa bersalah apabila membuat pesanan makanan sewaktu hujan kerana memikirkan keadaan rider dan ia seakan-akan tidak bertimbang rasa kepada mereka.

Advertisement

Bagaimanapun, masih ada juga segelintir makhluk Allah S.W.T yang tidak sensitif dengan hal-hal seperti ini dan tak kisah jika rider itu terpaksa berbasah kuyup di hadapan rumah menunggu mereka mengambil makanan.

Seperti perkongsiaan seorang pengguna TikTok ini memaparkan seorang rider berbaju hujan mundar-mandir di luar rumah pelanggan yang membuat pesanan ketika hujan yang sangat lebat dan ribut petir.

Difahamkan daripada penjelasan individu tersebut, dia melihat rider terbabit menunggu di luar rumah jirannya itu ketika hujan lebat hampir lima minit.

Kerana tidak sampai hati melihat rider itu basah kuyup, dia mempelawa untuk berteduh di bawah bumbung rumahnya dahulu sementara menunggu pelanggan tersebut, namun tetap gagal dihubungi hingga pesanan yang dibuat terpaksa dibatalkan.

komen tiktok

komen tiktok

Meninjau di ruangan komen, rata-ratanya berasa simpati terhadap rider tersebut dan meminta pelanggan untuk lebih bertimbang rasa jika melihat keadaan cuaca tidak terlalu baik.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

ramai netizen kata Wany pilih rupa
5 bulan lalu

"Cuba Brader Takde Harta, Konfem Kena Reject!" - Netizen 'Bitter' Wany Hasrita Mengaku Terpikat Sebab Lawak Kartun Suami?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...