“Cuba Brader Takde Harta, Konfem Kena Reject!” – Netizen ‘Bitter’ Wany Hasrita Mengaku Terpikat Sebab Lawak Kartun Suami?

Hiburan

“Cuba Brader Takde Harta, Konfem Kena Reject!” – Netizen ‘Bitter’ Wany Hasrita Mengaku Terpikat Sebab Lawak Kartun Suami?

Sedia maklum, tiga hari yang lalu penyanyi jelita, Wany Hasrita telah selamat disatukan serta sah bergelar sebagai seorang isteri kepada jejaka pilihannya iaitu Al Adib Fahmi.

Perkhabaran tersebut sememangnya mengejutkan ramai pihak, namun kebanyakkannya turut gembira kerana penyanyi jelita itu akhirnya menamatkan zaman bujang tanpa diketahui orang ramai mengenai kisah percintaannya.

Advertisement

Difahamkan, Wany sudah mengenali suami sejak tahun 2010 dan memberitahu cara suami memikat dirinya hanya dengan membuat lawak kartun saja, namun alasan itu ada membuat segelintir netizen tidak senang hati.

Seperti ciapan yang tular baru-baru ini, individu terbabit berkata Wany boleh menerima lawak yang dilakukan oleh suami kerana dia adalah seorang pilot dan jika jejaka itu tidak mempunyai rupa, sudah pasti Wany tidak melayan.

Lebih mengejutkan, ramai juga netizen yang mempunyai pandangan yang sama serta merasakan Wany dapat menerima suami dengan hati terbuka kerana dia mempunyai rupa serta harta.

komen twitter

komen twitter

Namun begitu, ada juga netizen yang menyebelahi Wany dan merasakan mereka yang meluahkan rasa seperti itu sememangnya toxic kerana hal seperti itu tidak sepatutnya dibangkitkan jika mereka sudah pun dijodohkan untup hidup bersama.

komen twitter

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

puteri sarah perli siapa?
5 bulan lalu

"Club Dah Buka Semula, Tengok Sekeliling Takut Viral Balik Pulak" - Buat Status IG, Puteri Sarah Perli Siapa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 26, 2022 at 11:16 am

    buduh netizen yg bitter tak tentu pasal

  2. Anonymous

    July 25, 2022 at 7:26 pm

    haha bitternya.. aku bkn fans dia tp dh nama pun jodoh. pastu harusla bijak memilih.. kalau ada peluang nak nikah ngan golongan t20 kenapa nk pilih m40 ngan b40 kan? biarlah dia pilih lelaki yg stable financially, sapa nak sshkan diri kawen ngan biawak tol tak?

  3. Anonymous

    July 25, 2022 at 7:21 pm

    betul lah pilihan dia tu.. cari yng sekufu..sepadan.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...