Susah Nak ‘Move On’ Lepas Putus Cinta, Jom Cuba Tips ‘Healing’ Daripada Dr. Fadzilah Kamsah Ini

Kehidupan

Susah Nak ‘Move On’ Lepas Putus Cinta, Jom Cuba Tips ‘Healing’ Daripada Dr. Fadzilah Kamsah Ini

Sesiapa sahaja yang bercinta pastinya ingin melangkah ke alam perkahwinan dan kekal bahagia selama-lamanya. Begitu juga pasangan yang sudah bernikah, sudah tentu memiliki impian yang sama.

Namun begitu, tidak semua hubungan kasih sayang yang dibina pada awalnya akan berakhir bahagia tetapi takdir tuhan lebih mengetahui.

Advertisement

Hidup perlu diteruskan seperti biasa walaupun perit, oleh itu kami syorkan anda untuk mengikuti tips daripada Dr. Fadzilah Kamsah bagi mereka yang ingin ‘move on’ agar kelak dapat mencari cinta yang baru!

1. Sekat dan tidak ikuti lagi media sosial si dia

Kaedah ini sangat penting agar anda dapat menjaga hati sendiri. Pastinya mood anda akan menjadi tidak baik jika si dia terlihat bahagia menjalani hari-hari seperti biasa tetapi anda masih sedang berusaha untuk ‘move on’ kan? Jadi sekat saja akaun social media macam Instagram, Twitter, Facebook tanpa ragu-ragu okay!

2. Buang terus kenangan bersama si dia

Tidak kiralah foto, hadiah, atau nota-nota cinta yang pernah dikarang ketika sedang hangat dilamun rindu, anda boleh mula membuangnya sebab buat apa nak terikat dengan masa lalu lagi, betul tak? Takpun jual saja di ‘market place’ Facebook dan Carousel, boleh dapat duit! Kata nak move on~

3. Senaraikan kelemahan diri

Tips ini bukan bertujuan untuk membuatkan anda berasa ‘loser’ atau kecewa akan diri sendiri. Tetapi, anda boleh kenal pasti apa kelemahan diri anda misalnya terlalu mengongkong atau suka membebel– dan ambil kelemahan itu untuk perbaiki diri anda menjadi seorang yang lebih baik.

4. Cari hobi baru dan sibukkan diri

Selalunya kalau dalam fasa ‘healing’ ni, anda mesti suka termenung dan merasa sunyi dan sedih. Sudah-sudahlah menangis di bucu katil itu kerana masa yang anda habiskan itu boleh diisi dengan perkara yang lebih bermanfaat seperti bercuti atau meluangkan masa bersama keluarga. Entah-entah dapat jumpa orang yang baru, mana tahu?

5. Anda masih punya ‘perjuangan’ yang belum selesai

Perjalanan hidup anda masih panjang, jadi jangan bazirkan masa anda dengan merasa sedih sampai terabai diri sendiri. Tanam dalam fikiran bahawa anda sedang dalam perjalanan untuk ‘menyelesaikan’ sesuatu dan tengah menuju ke arahnya.

 

Tidak kiralah impian ataupun cita-cita yang belum tercapai, sentiasa ingat bahawa diri anda sangatlah bernilai, kuat dan tabah. Bak kata pepatah, sentiasa ada cahaya di hujung terowong yang gelap!

Selamat mencuba!

Osama Bin Laden
2 years ago

#TriviaNara - 'Dibuang' Ke Dalam Laut, Kisah Sebenar Bagaimana Osama Bin Laden Dikebumikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...