Susah Dapat Kerja Sesuai Kelayakan, Lelaki Ada PhD Sudah 6 Tahun Kerja Kedai ‘Photostat’ – “Gaji Tak Sampai 3K Sebulan”

Kehidupan

Susah Dapat Kerja Sesuai Kelayakan, Lelaki Ada PhD Sudah 6 Tahun Kerja Kedai ‘Photostat’ – “Gaji Tak Sampai 3K Sebulan”

Berapa banyak kisah sudah kita dengar tentang graduan pelbagai kelulusan yang masih menganggur atau terpaksa bekerja di luar bidang mereka demi kelangsungan hidup?

Ini salah satu cerita dikongsikan seorang individu tentang rakannya yang berkelulusan tinggi namun sudah bertahun-tahun menanti tawaran bekerja.

Advertisement

 

Ada PhD tapi susah dapat kerja

Menerusi perkongsian di Facebook, Mohd Yazid menceritakan tentang seorang rakan lelakinya yang berkelulusan PhD dalam bidang Kejuruteraan.

Namun katanya, disebabkan sukar mendapat pekerjaan rakannya itu memilih untuk melakukan kerja luar daripada bidangnya.

Rakannya itu tamat pengajian pada 2018 dan sudah bekerja di sebuah kedai fotostat selama enam tahun dengan pendapatan tidak sampai RM3,000 sebulan.

ada PhD kerja kedai fotostat

 

Dah pergi banyak temu duga

Meskipun sudah menghadiri banyak temu duga namun rakannya masih belum mendapat tawaran pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya.

Dia bekerja untuk orang lain, bukan perniagaan sendiri. Dia kata dia tak terima sebarang tawaran kerja yang sesuai dengan kelayakan PhDnya. Dia telah pergi temu duga. Saya baru tahu tentang keadaannya.

Tambahnya, rakannya itu merupakan seorang yang tidak banyak bercakap dan sangat berhati-hati dengan setiap percakapannya.

Perjumpaan mereka adalah untuk berurusan dan ketika itulah dia mendapat tahu rakannya tidak mempunyai sebarang pinjaman dan menjalani kehidupan bebas hutang.

ada PhD kerja kedai fotostat

twt
6 months ago

"Alasan Sebab Tak Ada Pengalaman.." - Gadis Kesal Ada Ijazah 'Degree' Tapi Tawaran Gaji 'Basic' Tak Setimpal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...