“Suruh Berlakon Bukan Bercinta!” – Michael Ang Minta Pelakon ‘Sign’ Kontrak, Dilarang Berskandal Di Set Penggambaran

Hiburan

“Suruh Berlakon Bukan Bercinta!” – Michael Ang Minta Pelakon ‘Sign’ Kontrak, Dilarang Berskandal Di Set Penggambaran

Pengarah drama terkenal, Michael Ang tampil memberi ‘syarat’ baru kepada para artis yang berlakon di bawah arahannya agar tidak sesekali terlibat dalam cinta lokasi atau ‘berskandal’ sesama sendiri.

Kata Michael di Instagram miliknya, barisan pelakon lelaki dan wanita perlu menandatangani kontrak untuk tidak bercinta di set penggambaran.

Advertisement

Jelasnya, ia dilakukan bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti yang kecoh sejak kebelakangan ini.

Yang bercinta, berskandal tu mereka. Bukan aku. Stress aku. Suruh berlakon bukan bercinta. Bukan salah aku kalau pelakon bercinta kat set aku. Aku ajar berlakon bukan suruh buat betul-betul.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pula selebriti yang dahulunya pernah terpalit dengan kontroversi bercinta di set penggambaran meninggalkan komen.

Antaranya, Nad Zainal dan Amar Baharin di mana kedua-duanya telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing-masing.

Shakilla Khoriri
1 year ago

Shakilla Khoriri Tak Pernah Ajar Ajaran Yang Tak Betul Pada Anak, - "Aku Letak Diri Aku Bawah Tapak Kaki Orang Untuk Dia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...