Shakilla Khoriri Tak Pernah Ajar Ajaran Yang Tak Betul Pada Anak, – “Aku Letak Diri Aku Bawah Tapak Kaki Orang Untuk Dia”

Hiburan

Shakilla Khoriri Tak Pernah Ajar Ajaran Yang Tak Betul Pada Anak, – “Aku Letak Diri Aku Bawah Tapak Kaki Orang Untuk Dia”

Aktres Shakilla Khoriri menerusi satu hantaran di Instagram ada menitipkan kata-kata motivasi dan luahan perasaan mengenai kehidupannya kini setelah bergelar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan, Ameena Sofia.

Kata Shakilla, dia mengakui Ameena tidak melalui perjalanan hidup yang indah sepertimana kanak-kanak lain yang mempunyai ibu bapa yang masih bersama.

Advertisement

Namun begitu, Shakilla tetap akan berusaha mengutamakan kehendak dan keperluan anak tunggalnya itu meskipun dirinya sendiri tersakiti dengan tindakan serta sikap orang di sekeliling.

Aku dapatkan apa saja yang dia nak selagi aku mampu. Aku susah hati kalau anak aku tak happy.

Aku pura-pura happy walau kiri kanan orang menyakiti aku sebab aku kisah fasal hati dan perasaan anak aku. Aku letak diri aku bawah tapak kaki orang untuk dia.

Luahnya lagi, dia tidak pernah mengajar perkara buruk kepada Ameena namun akur dengan apa yang dilihat dan dipelajari sepanjang membesar.

Aku jahat tapi aku tak pernah ajar ajaran yang tak betul pada dia. Tapi aku terpaksa akur dengan pergaulan dan apa yang dia lihat dan dengar setiap hari.

Sekadar info, Shakillah Khoriri pernah mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia 4 tahun.

Ameerul
1 year ago

"Video Tu Kisah Silam Saya, Kenapa Baru Sekarang Sebarkan?" - Ameerul Asyraf Mengaku Bercium Di Kelab Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...