Suri Rumah Didenda RM10,000 Menangis Dalam Mahkamah

Kehidupan

Suri Rumah Didenda RM10,000 Menangis Dalam Mahkamah

Sebelum ini tersebar seorang wanita telah menggunakan ayat tidak baik di media sosial dengan tujuan menghina Yang di-Pertuan Agong. Terkini, Mahkamah Sesyen telah menjatuhkan hukuman denda RM10,000 ke atas suri rumah berkenaan.

2 years lalu

"Suami Dan Saya Tidak Pernah Buat Laporan Polis", Raja Permaisuri Agong Terkilan Ada Rakyat Ditahan

Advertisement

Suri rumah yang dikenali sebagai Nur Faizah, 28 tahun dijatuhkan atas 2 tuduhan menghasut dan membuat komunikasi jelik terhadap Agong dan institusi Raja di Twitter.

RM10,000 adalah jumlah keseluruhan denda di mana RM2,000 bagi tuduhan pertama dan RM8,000 bagi tuduhan kedua. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama 9 bulan.

Kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama. Sebenarnya tertuduh boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Mohamad mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman berbentuk pengajaran sewaktu prosiding.

“Satu hukuman berbentuk pengajaran bukan sahaja untuk tertuduh, malah masyarakat lain yang mana menghina institusi Raja adalah satu kesalahan.”

Tertuduh yang menghadiri prosiding turut merayu agar hukuman ke atasnya diringankan selepas menyesal dengan perbuatan itu.

Advertisement

“Sekarang saya tak kerja dan hanya bergantung kepada suami. Saya mengaku salah, menyesal dan insaf. Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut.”

Semoga apa yang terjadi kepada Puan Nur Faizah menjadi pengajaran kepada kita semua.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...