“Suami Dan Saya Tidak Pernah Buat Laporan Polis”, Raja Permaisuri Agong Terkilan Ada Rakyat Ditahan

Trending

“Suami Dan Saya Tidak Pernah Buat Laporan Polis”, Raja Permaisuri Agong Terkilan Ada Rakyat Ditahan

Beberapa hari lalu rakyat dikejutkan dengan berita Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter yang dikatakan disyaki kerana sikap biadap netizen.

Pada pagi Sabtu ini, Raja Permaisuri Agong kembali ke laman Twitter buat seketika untuk menzahirkan rasa terkilannya atas penangkapan beberapa individu. Menurut Tuanku, rakyat tiada kaitan dalam soal Tuanku memadam akaun Twitter nya dan tiada individu sepatutnya ditahan.

Advertisement

Seperti yang saya katakan, saya memadamkan akaun bukan kerana komen netizen tetapi atas sebab peribadi. Tapi hari ini saya sangat kecewa apabila polis menahan individu-individu tersebut. Selama ini saya dan suami tidak pernah membuat sebarang laporan polis tentang komen buruk yang diberikan pada kami. Ini adalah negara bebas.

screenshot twitter
Sebelum ini polis telah menangkap beberapa individu yang disyaki melemparkan komen negatif pada Raja Permaisuri Agong di laman Twitter. Selepas daripada insiden itu, akaun milik Tuanku ‘hilang’ dari laman Twitter menyebabkan ramai yang membuat pelbagai spekulasi.

screenshot twitter
Selepas meninggalkan beberapa posting di Twitter, akaun Tuanku sekali lagi tidak dijumpai kebarangkalian tidak diaktifkan semula. Walaupun pada awalnya ramai yang meluahkan rasa gembira apabila akaun Tuanku sudah aktif seperti biasa.

Semalam, polis telah menahan Ketua Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM) Khalid Ismath berhubung dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong di laman sosial.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...