Surat Terbuka Seorang Pembaca Untuk Fynn Jamal

Hiburan

Surat Terbuka Seorang Pembaca Untuk Fynn Jamal

Fynn Jamal. Kali terakhir Abang Nara menulis mengenai penyanyi hebat ini ialah ketika Fynn meminta derma untuk pembedahan anaknya, Juna. Pantas sungguh masa berlalu, kini Juna sudah membesar. Comel budaknya. Fynn Jamal juga kini semakin popular dengan lagu Arjuna Beta dan Terbang Tunduk. Kepopularitian Fynn Jamal disahkan apabila pengikutnya di Instagram kini sudah mencecah 300 ribu. Banyak tue!!!

fynn jamal

Advertisement

Namun apabila jumlah pengikut bertambah ramai, kerenah yang harus dilayan juga semakin banyak. Pelbagai komentar diterima oleh Fynn Jamal. Ada beberapa pihak yang mengkritik tingkah laku Fynn Jamal terhadap anaknya, Juna baru-baru ini. Terbaru, Abang Nara menerima satu email daripada seorang pembaca yang meluahkan isi hatinya terhadap Fynn Jamal. Menurut si penulis, Fynn Jamal kini bongkak, angkuh dan sombong. Hmmmmm. Betul ke?

Salam,
Semoga abang BN dapat siarkan surat terbuka saya buat Fynn Jamal yang bongkak, angkuh dan sombong ini. Jika ia tidak disiarkan dalam masa 2 hari, saya anggap abang BN tidak berminat, dan akan saya memilih blogger lain untuk di siarkan.

Kepada Fynn Jamal,
A defensive mother seperti profil instagram kamu. Tapi sedih melihat gaya kamu membesarkan anak kamu Juna. Adakah kamu rasa kamu a deffensive mother bila, bawa anak pegi shoping complex, berseluar ala2 boxer, tidak berkasut apatah lagi stokin, lihat sahaja cara Juna itu mengerekot kan badannya tidur keletihan dalam stroller tu. Untuk pengetahuan kamu, yang TIDAK melahirkan Juna, ketauilah anak itu SEJUK. KESEJUKAN! Gambar itu amat menyakitkan mata. Kami tidak berminat melihat kasut pink kotor kamu itu (kamu penah mendakwa bahawa kamu seorang OCD, doubful, an OCD kasutnya kotor) tapi kami kasihan melihat anak itu, kesejukan.

Juna anak tidak sah taraf
Kamu bangga apabila menyatakan Juna adalah ANAK TIDAK SAH TARAF. Cukup! bukan status anak itu yang kamu ingin highlite kan? Tapi seolah mahu orang melihat kamu sebagai manusia mulia yang membesarkan anak tidak berdosa itu. Sedih. Status anak itu tak perlu di war war kan. Biar ia menjadi rahsia. Juna akan membesar, akan mempunyai kawan2, ibu-bapa kawan2, cikgu2, cukup orang tahu kamu ibu angkatnya. dia anak angkat kamu. Cukup sekadar status hubungan “angkat” itu. Status itu tidak harus rahsia. Tapi biarlah status “anak tidak sah taraf” hanya dalam pengetahuan kamu, juna (mungkin) dan keluarga terdekat sahaja. Jangan terlalu selfish, mahu orang melihat kamu sebagai pejuang anak2 tidak sah taraf ini, sehingga korbankan perkara yang agak aib di dalam masyarakat kita. Jika suatu hari Juna itu akan bertemu dengan ibu kandungnya, bukankan malu ibunya, apabila satu dunia tahu dia melahirkan juna tanpa ikatan perkahwinan yang sah? Dan kamu seoang “defensive mother”?

“Follower bukan bagi tanah pun, Tak Da Untung Apapun”
Jangan angkuh sangat Fynn, Ingat asal usul, INGAT! Kalau kamu tidak ada follower seramai yang kamu ada sekarang, ada ke seller online nak mintak kamu review barang2 mereka? Review bukan review saja. Review berbayar!! dan kamu dapat hasil dari follower2 yang kamu perlekehkan itu. SEDAR SIKIT Fynn Jamal. Jangan terlalu angkuh!!

Angkuh, sombong, bongkak!
Setiap apa yang diupload, kalau ada saja perkara2 yang follower nasihat atau ingin cadangkan, Fynn akan membalas dengan bongkaknya, seperti ada yang mencadangkan rumahnya yang berpintu / tingkap tanpa itu di letakkan gril, kamu hanya perlu diam, kalau tidak mahu mengatakan terimakasih atau tidak bersetuju dengan pendapat itu. Tapi kamu memilih untuk menjadi sombong jawapan kamu adalah “Tak Nak”. Semua follower kamu sayangkan Juna, bahaya kot kalau cermin itu tanpa gril. Tapi kalau itu pendirian kamu, tak perlu la membalas dengan angkuhnya. Dan kemudiannya follower kamu akan mula menghentam kerana idola mereka disentuh. Tapi kamu kemudiannya mengatakan itu cuma gurauan dan mendelete komen2 yang meneguur sikap sombong kamu. Kamu dah rasa diritu besar sangat??

All about Juna
Jagalah Juna dengan baiknya, kurangkan lah upload gambar2 Juna yang hanya memakai lampin, jagalah aib nya bila dia besar nanti. Utamakan lah Juna, dari lovely strangers kamu itu. Anak itu amanah Allah, jangan terlalu mahu disayangi, di follow ramai, kamu menggunakan Juna, sudah2 lah.

Mengaku Diri seorang OCD
Mungkin kamu kena manfaatkan internet (yang kamu tidak boleh hidup tanpanya) untuk membuat pembacaan apa itu OCD. Adakah kamu mengaku sebagai OCD, bila mempamerkan rumah kamu yang masya Allah bersepah!, kasut kotor, stokin kasut bersepah, anak kamu tidur bersepah, mainan bersepah. Ini ciri2 OCD?

Akhir sekali, sudah2 la Fynn jangan terlalu bongkak sangat. Ketahuilah 300K follower yang kamu ada, bukan semesti nya menyukai apa yang kamu buat, upload, share. Mereka hanya mahu melihat perkembangan Juna saja. Dan kasihan, Juna dibesarkan oleh seorang wanita seperti kamu.

fynn jamal

Secara jujur, Abang Nara tak salahkan sesiapa di dalam hal ini. Laman sosial memang seringkali menimbulkan kekeliruan. Apa yang kita tulis boleh ditafsirkan dengan seribu satu tafsiran. Namun mungkin ada beberapa perkara yang Fynn Jamal boleh ambil sebagai iktibar. Kalau dah ramai sangat orang tegur, mesti ada something wrong somewhere kan? Apa pun, Abang Nara doakan kebahagiaan Fynn Jamal sekeluarga. Semoga Juna membesar dengan sihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...