Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Fynn Jamal Perlukan Bantuan Anda Untuk Pembedahan Jantung Anaknya

Siapa Fynn Jamal? Sebenarnya persoalan itu tidak penting namun haruslah Abang Nara terangkan juga serba sedikit agar anda tahu identiti orang yang anda ingin bantu ini.. Selain popular dengan dengan lagu yang bertajuk 150 juta, Fynn Jamal merupakan seorang pemuzik, penulis dan penyajak yang bergerak secara indie.

fynn jamal

Advertisement

Fynn Jamal sudah pun berkeluarga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun sesuatu yang sangat-sangat tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa telah terjadi kepada anaknya, Juna. Juna harus menjalani pembedahan sebelum jantung membengkak dan kos untuk melakukannya mencecah RM35 ribu. Ini tulisan Fynn Jamal menerusi Facebooknya hari ini.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.

nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.

kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.

kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.

Advertisement

panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.

nur affina yanti binti jamalludin
maybank
164810008992

terima kasih.

Namun ketika ini akaun Maybank tersebut telah pun disekat oleh pihak Maybank. Atas kerjasama rakan-rakan Fynn Jamal, anda boleh membantunya menerusi akaun Maybank Noh Hujan – 564276053946. Bantulah Fynn Jamal sebanyak mana anda termampu dan seikhlas hati anda. Semoga dengan bantuan kita ini dapat meringankan bebannya.

fynn jamal

Untuk mengetahui sebarang info lanjut, bolehlah ke Facebook Fynn Jamal. Terima kasih.

UPDATE: Dana yang diperlukan sudah pun mencukupi. Terima kasih kepada mereka yang sudi menderma.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

100 Comments

  1. arm

    July 25, 2012 at 11:26 am

    =) kak fynn pernah kate..
    “org cuma akan ckp apa yang dia nak cakap, dan org cuma akan dengar apa yang dia nak dengar”.

    org yg bg tohmahan kat kak fynn adalah org yg xpernah knl dia pn.
    dia bkn glamour mcm artis. xpayah kenal dia pn xpe, dia xmintak utk dikenali pn.
    cuma dia selalu ada dlm hati2 org yg tahu siapa dia fynn jamal.
    kepada yg caci maki tohmahan bagai kat dia; di suatu masa kalau tuhan persempatkan kalian untuk merasa ada dalam situasi fynn jamal.
    tgk la nanti mcm mane korang lalui…
    kak fynn buat kebaikan pada ramai orang. kebaikan pasti tuhan balas dgn kebaikan.
    tp korang yg buat caci maki nih…pk lah sendiri ye……semua dah besar panjang.
    terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan juna.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top