Surat Penjelasan Daripada Pemilik Twitter Bob Azuan

Hiburan

Surat Penjelasan Daripada Pemilik Twitter Bob Azuan

Kalau anda masih ingat, Abang Nara pernah menulis entri tentang seorang pengguna Twitter (Bob Azuan) yang menghentam teruk Rita Rudaini. Namun selepas kontroversi tersebut, Twitter tersebut telah didelete. Sebentar tadi, Abang Nara telah menerima sepucuk email daripada seseorang yang mengaku dirinya adalah Bob Azuan.

bob azuan

Advertisement

Email yang dihantar sememangnya panjang lebar untuk menjelaskan keadaan. Diharap dengan email ini, peminat-peminat Rita Rudaini tidak lagi memandang serong kepada Bob Azuan. Dan semoga Rita Rudaini turut membaca dan menerima penjelasan daripada Bob Azuan. Berikut ialah email yang diterima:-

Abg nara,
aku adalah pemilik twitter bob_azuan,yang dikatakan menghentam teruk rita rudaini di twitter.aku email surat ni untuk menjelaskan situasi yang terjadi dan juga memohon maaf secara terbuka seperti yg rita inginkan.terpulang pada rita untuk terima atau tidak.aku delete akaun twitter tu bukan sebab takut tapi malas nak layan fans2 rita yg kutuk dan akan mention nama aku,aku tak nak keruhkan keadaan.

Pasal aku menghentam rita tu aku akui salah aku,rita takde masalah dengan aku pun.takde niat pun nak aibkan dia tapi semua ni takkan terjadi kalau bukan segelintir fans2 rita yg hentam aku dulu.

DP yang aku pakai tu memang gambar zaquan yg aku snap,aku rasa gambar tu aku suka jadi aku guna sbg DP dan lagipun gambar tu aku punya bukan minta dari sesiapa.bila aku pakai DP tu ada fans yg pm aku personal maki dan kutuk mungkin diorang ingat aku zaquan,mula2 aku buat tak tau tapi bila dah lebih aku kacau la balik.dah kacau diorang marah aku balik,bila dah panas melarat la yang bukan2.

aku pun tak leh control panas aku dan mention nama rita untuk panaskan lagi fans2 dia dgn ungkit kisah rumah tangga rita.aku tau suma pasal hal dari paper,blog2 dan twitter. Kalau aku memang niat nak aibkan dan hentam rita baik aku pakai nama lain,bukan nama bob azuan dan akaun sebenar aku dan takde sesiapa pengaruhi aku melainkan membalas tweet yang hentam aku.

Pasal gambar,bila aku pakai pic zaquan diorang kata aku zaquan sebab tu aku tukar pic rayyan pasal aku geram dengan fans rita,aku nak tengok apa diorang pikir sebab diorang punya aidaian tu macam betul sangat yang aku ni zaquan.bila aku tukar pic rayyan diorang kata aku ambik kat google,memang aku ada pic rita dan anak dia sebab pernah kerja sekali dgn dia dulu.

maksud aku yang aku nak upload pic rita tu sebab nak tunjuk yang aku tak payah ambik kat google macam fans2 rita tapi fans2 rita buat andaian aku ada pic tak senonoh rita dan nak upload…untung aku kalau ada semua tu tapi semua tu andaian orang yg keliru maksud aku.

Pasal aku retweet kat fans rita yang aku tulis rita tak bagi ayah jumpa anak…tu andaian aku untuk fans rita,tak tau plak yang rita terasa sekali pasal tu. Semua tu jadi bila fans rita buat andaian macam2 terhadap aku.fans rita tengok rita cara diorang,tiap orang berlainan,aku Nampak rita di sisi lain sebab aku pernah kenal rita dan kerja sekali dulu.semua yang aku tweet takde dipengaruhi sesiapa,aku tweet cara aku berfikir macam fans2 rita berfikir bila hentam aku,cuma jadi agak sensitif bila masing2 berlawan.

Kalau email ni kuar,fans rita yang tak puas hati tu nak komen pe pun komenlah,aku tak kisah pun… aku dah jelaskan dan mohon maaf secara terbuka kat rita,sekali lagi SAYA MINTA MAAF RITA RUDAINI.

harap apa yang ditulis ini sampai ke rita rudaini.kalau rita tak puas hati dengan maaf dan apa yang aku tulis ni aku sedia jumpa dia untuk terangkan secara lisan asalkan kena pada tarikh dan tempat.terima kasih…..

Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...