Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sunting Foto Dalam Besen Merah, Netizen Tuduh Fadzil Zahari Perli Nonny Nadirah?

fadzil zahari

Boleh dikatakan ramai rakan artis dan peminat yang berasa kecewa apabila melihat Nonny Nadirah memuat naik gambar seksi di laman Instagram miliknya meskipun terkenal dengan imej muslimah baru-baru ini.

Advertisement

Meskipun tidak memberikan sebarang penjelasan atas tindakannya memuat naik gambar tersebut, ramai yang menitipkan doa agar selebriti itu kembali kepada dirinya yang dahulu.

Terbaru, tindakan suami pelakon Yana Samsudin yang memuat naik sekeping foto seolah-olah dia berada di dalam besen merah telah mendapat perhatian ramai.

Advertisement

Disebabkan persis seperti gambar yang dimuat naik Nonny, netizen menunding jari dan mendakwa bahawa Fadzil Zahari menyindir selebriti tersebut menerusi hantaran itu.

Pun begitu, lelaki itu tampil mempertahankan dirinya dalam ruangan komen dan menidakkan andaian netizen berkenaan

“Salam Jumaat… kat mana gambar ni mengaibkan orang? Tak ada aurat sesiapa pun dalam gambar ni… tak ada nama
sesiapa pun kat sini.”

fadzil zahariSumber : mStar Online  

Rata-rata netizen meminta Fadzil memadam gambar tersebut kerana dianggap tidak sensitif buat Noony yang mungkin sedang mengalami ujian sekarang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. anon

    April 5, 2021 at 10:16 am

    nak jugak tempias attention …pelakon sendu haprak

  2. tecit

    April 5, 2021 at 8:57 am

    demmm. baru nampak. laaa mmg sebijik sejibon die amik gambar besen tu. nonny pon kot ye pon nak begambo dlm besen berus la dulu tepi2 besen tu. adoi. carila background hutan2 ke sikit mcm pool kt japamala resort tu. aduhaiii.

  3. tecit

    April 5, 2021 at 8:55 am

    weh ape yg same. knp aku xpaham tang mane perlinye tu?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top