Tular sejak beberapa hari ini mengenai dakwaan orang ramai yang menerima suntikan vaksin tetapi tiada isi sehingga mencetuskan kekecohan dan kemarahan orang ramai.
Perkara tersebut turut menerima perhatian pelakon Ruhainies,29, yang tampil meluahkan rasa kecewa dan mahu pelaku yang tidak bertanggungjawab agar ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya.
View this post on Instagram
Perkara tersebut diluahkan Ruhainies menerusi sebuah hantaran Instagram Storynya di mana dia berasa kesal dengan sikap petugas kesihatan yang menyuntik vaksin ‘kosong’ terutamanya kepada warga tua yang bersusah payah datang daripada jauh untuk vaksinasi.
“Geram pula baca berita mengenai beberapa orang yang menerima suntikan kosong. Kenapa mereka jahat sangat? Kenapalah wujud manusia-manusia begini?”
Dia dalam pada itu turut mempertikaikan kelayakan petugas terlibat dibenarkan bekerja di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tersebut.
Pelakon drama Cukup Derita Itu turut berpesan kepada mereka di luar sana agar memantau proses vaksinasi yang dilakukan terhadap kedua orang tua mereka agar tidak dianiaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai video yang memaparkan orang awam menunjukkan proses vaksinasi yang tidak sah apabila tiada vaksin disuntik oleh petugas kesihatan di mana ia hanya lakonan semata-mata.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.