Ruhainies dan keluarganya nyata menjadi perhatian ramai kerana pelbagai cerita. Malah ada segelintir netizen yang tidak segan meninggalkan komen berbaur kritikan pada selebriti itu.
Walaubagaimanapun, gadis genit itu sepertinya tidak kisah dengan umpatan mahupun kata-kata tidak enak yang dilemparkan kepadanya.
Menerusi hantaran Instagram yang dikongsikan olehnya, wanita itu mengakui bahawa dia sering menerima mesej permohonan maaf daripada individu tidak dikenali kerana pernah mengumpatnya sebelum ini.
Kata individu berkenaan, dia menyedari kesilapannya selepas mempelajari maksud ghibah atau mengumpat.
“Assalamualaikum puan, saya baru lepas faham tentang ghibah atayu mengumpat. Jadi sekiranya saya ada mengumpat puan, minta dihalalkan (dimaafkan) ya.”
View this post on Instagram
Malah Ruhainies menjelaskan bahawa dia turut memaafkan sesiapa yang pernah mengata dirinya sebelum ini.
“Pada sesiapa yang pernah kutuk atau mengata saya tu dan meminta maaf, saya maafkan. Untuk yang pernah mengata tapi tidak meminta maaf pun saya maafkan juga.”
Cool betul Ruhainies kan?
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok Beautiful untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Uncle Pom pom
July 10, 2021 at 10:38 am
Macam perasan dia suka post2 gmbr dgn bf dia feeling hebat2 je..haha. Ape cerrr?
Tok moh
July 9, 2021 at 8:47 pm
Ehh dia ni bukan ke yg selalu post gambar cintan2 dgn boyfrend dia?. Dah kawin ke? London?