Selepas digandingkan bersama dalam drama Wifi Sebelah Rumah, peminat merestui jika pasangan di dalam drama tersebut iaitu Ruhainies dan Zul Ariffin untuk bercinta kerana kelihatan serasi bersama.
Namun menurut Ruhainies, 29, memandangkan dia berlakon bersama Zul dalam drama yang disiarkan secara ekskulif di Disney+ Hostar, dia merasakan usikan yang dibuat oleh peminat itu normal.
Bagi saya bila ada permintaan sedemikian hingga ke luar set, secara tak langsung menunjukkan drama tersebut berjayalah kerana penonton boleh nampak keserasian serta kemanisan babak yang dibawa.
Bagi saya dan Zul, kami profesional dan senang bila digandingkan bersama. Malah perkara tersebut buatkan proses pengambaran jadi lebih lancar.
View this post on Instagram
Ketika ditanya sifat Zul sepanjang bekerja bersama, Ruhainies menyifatkan pelakon tersebut sebagai seorang yang komited terhadap kerjanya dan langsung tidak mementingkan dirinya sahaja.

Drama Wifi Sebelah Rumah itu turut dibintangi oleh barisan pelakon handal seperti Keith Foo, Nurin Afiqah, Fadlan Hazim, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi.
Anonymous
July 1, 2021 at 8:24 am
zul ariffin semua heroin dia layan sama je. tp heroin yg baru nak up mcm dulu aida jebat, intan najuwa dgn ruhainies ni yg tergedik2 wpun luar set. cuba tgk pelakon kelas atas mcm izara blakon dgn zul cte j revolusi, steady je.
nlcr
June 30, 2021 at 2:45 pm
aku rasa Ruhainies aim jutawan london, Zul aim awek foreigner dia tu
brunes
June 30, 2021 at 1:07 pm
kalau betul mereka bercinta, aku mau nangis sekuat hati… zul ariffin can do better than si kemut ni!