Seperti yang sudah ramai ketahui, setelah sekian lama mencari pengganti Neelofa sebagai bekas pengacara rancangan MeleTOP, akhirnya Hawa Rizwana mendapat tempat tersebut.
Kedatangan Hawa sebagai pengacara baru rancangan tersebut telah meraih pelbagai reaksi daripada peminat, di mana ada yang menyukainya dan ada juga yang mengkritik dirinya tidak sesuai mengacara MeleTOP bersama-sama, Nabil Ahmad.
Salute betul dengan editor sumpah power pic.twitter.com/8PHnVVe4t5
— keem (@AkeemSharyzal) December 7, 2022
Ingatkan sudah reda, tetapi muncul lagi satu video sedang tular di platform Twitter memaparkan pengacara wanita itu mengacara program tersebut tetapi didakwa terlalu kaku.
Netizen beranggapan Hawa lebih sesuai menjadi pembaca berita dari menjadi hos rancangan hiburan dan program terbabit ‘selamat’ kerana mempunyai Nabil di sisi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata mempunyai pandangan yang sama iaitu Hawa sangat kaku dan sempat memerli dia perlu menjadi ‘intern’ dahulu.
Sehingga kini, tweet terbabit telah meraih lebih dari 7000 tanda suka dan 3000 lebih retweet daripada pengguna platform tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.