“Tak Perlu Kut Tiru Orang Lain” – Akui Malu Minta Nasihat Idola, Netizen Anggap Hawa Rizwana Hanya ‘Klon’ Neelofa

Hiburan

“Tak Perlu Kut Tiru Orang Lain” – Akui Malu Minta Nasihat Idola, Netizen Anggap Hawa Rizwana Hanya ‘Klon’ Neelofa

Pengacara, Hawa Rizwana akui sangat mengidolakan selebriti terkenal, Noor Neelofa tetapi meluahkan rasa segan untuk meminta tunjuk ajar mahu pun pandangan daripada idolanya itu.

Menurut Hawa, perasaan itu muncul dalam dirinya kerana menyifatkan aktres berniqab itu sebagai seorang individu yang sangat berjaya.

Advertisement

Malah, pengacara berusia 27 tahun itu turut berasa malu untuk meminta nasihat daripada Neelofa walaupun telah berkawan dengan kakaknya, Noor Nabila dan pernah melakukan aktiviti berbasikal bersama-sama.

Kalau jumpa Neelofa di mana-mana majlis pun saya segan nak tegur. Jadi saya tak pernah pun minta pandangannya untuk mengendalikan program MeleTOP.

Bagaimanapun, Hawa berharap dia dapat bertemu dan berbual panjang dengan isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu suatu hari nanti.

Kami pernah berbual sebelum ni tapi sangat sekejap. Kalau ada peluang, siapa yang tidak mahu bersembang dengan Neelofa.

Dalam pada itu, pengacara baharu program MeleTOP itu mengakui tugas mengendalikan program berkenaan merupakan satu beban yang agak berat dan mencabar.

Nabil dan Neelofa dah meletakkan MeleTOP pada satu kedudukan yang agak tinggi, jadi saya akan lakukan sehabis baik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta Hawa untuk mengambil tunjuk ajar dan nasihat daripada pengacara yang lebih berpengalaman seperti Sharifah Shahirah, Jihan Muse, Sherry Alhadah dan Elly Mazlein.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mengecam Hawa kerana terlalu mengidolakan Neelofa sehingga terikut-ikut personaliti selebriti berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mas Khan
1 year ago

"Kita Bukan Tak Tahu Halal Haram" - Mas Khan Perjelas Sebab Bela Anjing, Tak Kisah Dikecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...