Sumpah Dengan Nama Allah Saya Tidak Tinggal Dengan Mana-mana Perempuan – Bekas Suami Izreen Azminda

Hiburan

Sumpah Dengan Nama Allah Saya Tidak Tinggal Dengan Mana-mana Perempuan – Bekas Suami Izreen Azminda

Susulan pendedahan Izreen Azminda yang mendakwa bekas suaminya duduk serumah dengan teman wanita dan membawa anak mereka bersama, hari ini Muhamad Riza telah tampil membersihakan namanya dan nafi bersekedudukan dengan kekasihnya.

Menurut Riza, beliau kini tinggal bersama adik bongsunya dan seorang pembantu jurukamera. Jelas beliau isu tersebut timbul setelah satu kejadian kecil berlaku sewaktu Riza memperkenalkan kekasihnya itu kepada anaknya Adrian Umar.

Advertisement

Sumpah dengan nama Allah saya tidak tinggal dengan mana-mana perempuan atau kekasih saya, sekarang saya tinggal bersama adik bongsu saya dan pembantu jurukamera.

Saya faham keadaan Izreen dan tidak akan sakitkan hati ibu kepada anak saya. Saya juga tiada niat nak kenalkan kekasih baru kepada anak saya cuma ia berpunca daripada satu kejadian kecil. Saya malas besarkan isu ini, biarkan sahajalah.

Tambah Riza, sejak mereka berpisah Izreen tidak pernah membenarkan Adrian bermalam dirumahnya dan beliau hanya boleh berjumpa dengan anaknya selepas selesai dengan pekerjaan beliau.

Buat Riza, beliau mempercayai Izreen memberikan komen sebegitu kerana dipengaruhi oleh beberapa pihak.

Penjagaan anak saya serah pada Izreen, saya akan berjumpa anak bila saya habis kerja awal sahaja. Nak tidur dengan anak memang Izreen tak bagi, jadi saya ikut sahaja kehendaknya untuk puaskan hati dia.

Saya tahu Izreen itu macam mana, dia akan melenting begini jika ada orang yang cucuk dia. Biarlah orang nak tuduh saya apa sekalipun kerana saya bukan artis.

Izreen Azminda dan Riza bergelar suami isteri pada 31 Ogos 2012, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adrian Umar sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 9 Jun 2014.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...