Written by serenity | November 6th, 2017

Satu adegan dalam drama 50 episod Dendam Aurora menjadi ‘bahan’ di Twitter kerana menampilkan seorang doktor merawat pesakit yang terkena sawan dengan menyumbat sudu ke mulut pesakitnya.

Drama lakonan Ungku Ismail, Nabila Huda, Shah Iskandar dan Mia Nasir ini kini sedang ditayangkan di sebuah rangkaian Astro.

Adegan yang diperkatakan menunjukkan watak doktor yang dilakonkan oleh Nadia Brian merawat seorang pesakit sawan dengan meletakkan sudu ke dakam mulut pesakit itu. Secara sinis, memberitahu sekiranya doktor itu sedang melalui pemeriksaan, dia akan gagal dan mungkin telah ponteng kelas perubatan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Iya, memang golongan profesional perubatan juga menonton drama Melayu, jadi mungkin pihak produksi patut membuat sedikit pemeriksaan mengenai cara sebenar merawat seorang pesakit kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan umum terutamanya bila mereka berhadapan dengan situasi sebenar.

Sebelum ini, drama Titian Cinta juga ditegur oleh seorang pengamal perubatan kerana penerangan seorang doktor dalam drama itu mengenai keadaan pesakitnya tidak logik dan melalut.-beautifulnara.com

25 responses to Sumbat Sudu Dalam Mulut Pesakit Sawan: Drama Dendam Aurora Ditegur Doktor

  1. nok gebuzzz says:

    drama melayu mn buat research..main hentam kromo jer,ikut kate org tua2 mmg kena buat mcm tu kalau kena sawan…

    23

    0
    • Dah muak says:

      Ya mmg drama melayu tak buat research. Sbb tu aku tak mampu dah nk tgok drama melayu. Kdg2 cuba juga tgok sbg sokongan kpd drama melayu tapi tak boleh bertahan. Masuk episod 2 @ 3 dah tak berminat nk teruskan.

      Sy tahu penerbit/ produksi kekurangan bajet. Industri seni pun tgh slow down. Tapi ambillah usaha lebih utk tarikh hati penaja & marketing. Utk tarik penaja, skrip & jln cerita kenalah mantap.

      Penonton2 drama pun bkn bdk2 sekolah & remaja sahaja. Golongan profesional pun nk menonton juga. Tapi kalau dah cerita cincai je ..tak de kepuasan sbg penonton.
      Buat research pls…Tak kira lah bidang kerja apa pun yg dipaparkan.
      Kalau sbg doktor cuba tgok episode 0 drama korea hospital ship. Tgok mcm mana produksi pastikan pelakon2 belajar dgn doktor pakar sblm membawa watak seorang doktor. Itu contoh je. Kalau pilot ke, peguam ke, bidan kg ke…belajar dgn pihak2 yg ada pengalaman buat kerja sebenar. Sediakan budget utk minta tlg ajarkan.jgn asyik belajar & mengajar bercinta & nk romantik je.
      Hidup makin mencabar. Tak kan nk suap cinta je.

      6

      0
    • Miss Unibes says:

      Yg penting mesti Anzalna Nasir malu berlakon ngan Shah Iskandar. Ingat tak kontroversi kakak dia si Diana Nasir ngan Shah Iskandar dulu? Anzalna pulak kuat meroyan waktu tu. Konon pertahankan kakak. Konon. Shah Iskandar baru je dalam proses mengorat tapi tak jadi. Tapi Diana yg prasan lebih. Lol. Keluar topik.

      1

      1
  2. chefwan says:

    next time get the facts rite befoe jadik dr palsuuuuuuuuuuuuuuuu

    10

    0
  3. Anonymous says:

    Nasib baik x pernah tengok drama bersiri ni sebab ada Anzalna Meroyan Nasir berlakon. Nanti di tegur mcm F.Elai buat kenuatan merapuh2. Kesian dr tu . Tentu dr beli sijil . Ha ha ha

    3

    0
  4. Drama queen says:

    Do a lot of research please…even mat salkeh wat cartoon pun they doing some research. Alocate a few budget on that producers…

    5

    0
  5. Random says:

    Me as a normal career person and super observer..i think its good that all this doctors giving comments and remarks on msian dramas..sgt bagus..haha at least after this penerbit/director lebih berhati2 nak keluarkan drama2 berkonsepkan ade doktor n nurse semua ni..because you need to do extra work which is study/research..because..bagila ade added value sikit dlm drama2 korg ni..sambil2 menghiburkan peminat drama ni..you educate penonton drama msia ni..its about time..sbb believe it or not drama melayu memainkan peranan yg penting dalam membentuk mentaliti org2 melayu khususnya..

    28

    0
    • Anonymous says:

      very wise said. as a medical personnel, saya sendiri rasa mcm sedih tgk citer melayu yg berkaitan dgn perubatan. buatla research sikit.. dulu zmn saya sekolah ada cerita cinta medik ke apa tajuk dia. mengarut giler. nasib baik x terpengaruh dgn cerita tu masa zmn tu.

      5

      0
  6. Anonymous says:

    Seorang doktor pakar pakaiannya tidak sesuai untuk seorang doktor, drama ni kalau panjang2 sangat jadi mengarut pulak.

    8

    0
  7. Anonymous says:

    I am not a doctor but im just a trained first aider pun basic first aid mmg nothing by the mouth to the victim. Bukak la mana2 buku first aid semua the same.

    9

    0
  8. Anonymous says:

    Tak tengok drama ini sebab anzalna , nabila
    Drama DIA pun x tgk sebab izara. Drama laksa dan.laksam pun x tgk sebab rita. Red velvet x tengok sebab nilupa. Retis yg byk kontrovesi x tgk menyampah….. sekarang pun klu ada zahira, apipa .puteri aishah . Asraf muslim dan lain2 ygmengada2 x tgk

    4

    0
  9. aku laaaa says:

    komen dari pengarah radiusone

    And again sekali lagi drama tempatan mendapat carutan netizen. Sigh! Tepuk kaki kanan. Ofcoz kaki kiri jugak terasa. Terima kasih atas teguran tu. Tapi membaca komen komen netizen yg sarat dengan caci maki dan kata nista tu buat abam rasa sayu. Memang ni bukan drama abam tapi abam org industri dan abam faham apa masalah industri. Kalau kita cerita panjang lebar pun abam yg akan kena balik di tuduh cuba mempertahankan diri. Tak per lah. Bukan niat abam nak pertahankan kesilapan drama tu pun. Cuma abam nak wish pd penggiat drama Melayu yg serba serbi kekurangan segala galanya supaya bertabahlah bila berdepan dengan netizen yer. Kalau tak tahan then kita tinggalkan saja drama dunia perubatan ni kalau kita tak mampu melakukannya dengan sempurna. Lagipun buat apa kita berusaha cuba melakukan yg terbaik kalau buruk jua yg dipandang orang.
    Lagi satu abam menyeru kepada profesional profesional seperti doktor di luar sana. Teguran anda adalah sangat kami alu alukan. Malah sangat kami hargai. Tapi adalah menjadi sesuatu yg lebih mulia kalau empunya teguran itu dapat menegur sekali komen komen celupar holier than thou yg bersepah sepah berlumba lumba sesama sendiri menjatuhkan air muka kami penggiat drama. Sebagaimana kami sehabis baik cuba menghormati profesion anda kami juga mengharapkan anda dapat menghormati profesion seperti kami. Walaupun mendapat beratus ribu like dan share itu sangat awesome rasanya tapi kalau teguran itu lebih banyak mendatangkan hinaan dan rasa demoralize pada kami yang rugi bukan kami tapi rakyat Malaysia yg dahagakan drama drama perubatan tempatan bila masa perlahan lahan profesional profesional seperti kami mula menjauhkan diri dari menyentuh issue issue medical seperti ini. So please pantau sekali komen komen yg tak membantu atau lebih sudu dari kuah. Abam sendiri pun kdg2 terpaksa menegur atau delete atau block pada setiap komen komen yg ditinggalkan di status abam walaupun abam tahu komen tu menyokong abam. Nak sokong abam tu sokong lah tapi jangan sampai menghina dan mencaci orang yg kita tak sokong tu. Abam tak suka. Tu sokong yg membawa rebah namanya.
    *Bagi kebanyakkan orang mungkin karier sebagai pembikin drama nampak remeh. Tapi ambil sekeping kertas dan pen sebatang. Cubalah anda sendiri yg menulisnya belum tentu anda dapat meluahkannya walau sebaris ayat. Oleh itu saling hormat menghormati se sama kita adalah lebih manis berbanding mendabik dada kononnya kita yg paling mulia.

    1

    8
    • Anonymous says:

      hahaha..tau sedih.kata dah berusaha yg terbaik, tapi itu yg terbaik klu drama msh mcm sampah..ohhh pleaseee… dia nak dngr yg sedap2 jer tp tngklah apa yg disajikan kpd masyarakat.

      2

      0
  10. Anonymous says:

    ini menunjukkan pihak produksi dan pengarah plus artis sendiri malas buat research. yg mrk tau cuma nak sampaikan feel kat penonton dgn beraksi romantik peluk2 sakan supaya nmpk kimia antara pelakon tp lupa nak research psl fact. sbb tu di msia ssh nak buat drama yg berkualiti,drama yg di luar temanya cinta..cinta..cinta..fantasi melebih2. ada pun krng mendpt sambutan sbb rkyt msia terpengaruh dgn crita cinta yg tak sudah. boleh2 ada yg menangis drama titian cinta habis.

    3

    0
  11. ohyeah.. says:

    aku tak nonton drama Melayu sgt. Tapi bab nyumbat sudu dlm pesakit yg mengalami sawan , aku rasa malu teramat sgt! jelas sekali kemalasan” penulis skrip, pengarah dan pelakon sendiri dlm membaca.. atau mengkaji watak dan situasi. Jadikan pengajaran lah dan tidak perlu alasan2 drp mana2 pihak.

    5

    0
  12. lily says:

    Aku pun terkejut time tengok drama ni doktor camelia tu letak sudu dlm mulut haikal..and aku dh agak mesti babak ni jd viral nnti

    2

    0
  13. Wateva says:

    Rajin yer doktor2 skrg layan drama…

    3

    2
    • nana says:

      doktor pon org gk…buat apa beli astro tp tak tgk. tak kan beli nk wat hiasan. bodo! dh balik keje penat2 layan la drama bodoh kt astro lg2 cite uncle micheal. lyn dokumentari tak lawak, tak ilang stress. ingat kerani gomen je ke yg lyn drama bangang astro.

      3

      0
  14. Anonymous says:

    Tak payah jadi doktor pun tahu la..how ridiculously silly that scene was. Sekarang dah 21st century dengan org bz ke arah IR 4.0, masih ada ubat sawan letak sudu takut tergigit lidah. Zaman onyang2 dulu ada la wey.

    4

    0
  15. Anonymous says:

    hahaha gossip lagi …pasni naik ratingla..

    0

    0
  16. sabasaff says:

    takutnya sawan…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    10.48 bnyk nya retis ko tak berkenan. Ko jadi penerbit sendiri la dan pilih retis sendiri. Btw sekarang ni penerbit berlumba lumba nk terus buat drama kerana ramai penonton nganga nk tenguk drama baru. Tu jadi tangkap muat jer. Penulis skrip kna buat research dan penerbit jgn ambik bulat bulat apa dlm skrip. You kna repair jugak apa yg tak make sense Kan kan?

    0

    0
  18. ciK piNgu says:

    btw iols peminat cter ni.. iols hrp nara ade la up sikit psl cter 100 episod ni kan tp xde sehinggalah BAB SUDU ni haaaaa

    asik2 up cter ungkasah, ritrud, nelopak, reti2 bbnu… sesekali up la cter2 retis lama, psl drama2 yg best selain drama slot Akasia je manjanggggg (bg ak drama DA ni best walaupun byk fakta yg tak sama di episod awal sehinggalah espido 75 bersiaran).

    cuba wat cter retis2 lama, bukan psl retis baru je.. pahtu udah2 la asik2 patah pajura n drama trending kapel suwitttt ala2 akasia punya cerita.

    0

    0
  19. gilakentang says:

    orang Korea buat drama medical, ade doktor duduk sebelah…bagi tunjuk ajar kat pelakom…bukan hentam keromo…itupun masih dikritik netizen juga…
    talking about quality,maybe our dramas are not in that level yet….sigh….

    0

    0

Leave a Comment

Optional