October 6th, 2017

Saat ini, sebuah siri drama yang diadaptasi dari sebuah novel romantis sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3. Drama bersiri adaptasi novel Titian Cinta karya Ridhya Iman menampilkan gandingan baru Zul Ariffin dan Farah Nabilah.


Diarahkan oleh saudara Heykal Hanifah dibawah terbitan Zamriez Golden Pictures. Ia mula ditayangkan sejak 12 September lepas, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam di TV3.

Dalam drama tersebut, terdapat satu adegan seorang doktor wanita memberi penerangan kepada watak Umayr Haris yang dilakonkan oleh Zul Ariffin mengenai keadaan isterinya:

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Kamarul menulis:

DOKTOR MELALUT

Siapa yang tulis skrip ni? Melalut sangat skripnya. Jangan kata Zul Ariffin, doktor pun tak faham apa doktor(pelakon) ni cakap. Kalau kau tak faham betapa tak masuk akalnya apa yang doktor tu cakap, meh aku beri pencerahan.

“…beberapa siri pembedahan pelvic dan juga ovary surgical removal. “
Pelvic = pinggul
Ovary surgical removal = pembedahan buang ovari(organ penghasilan telur).

Advertisement

“Jadi, daripada pembedahan itu dia mengalami keretakan tulang dan pendarahan dalaman yang sangat serius.”
Aku tak pasti pembedahan apa dia buat sampai retak tulang. Dia bedah guna backhoe ke apa? Tulang pelvis adalah tulang yang sangat kukuh. Jarang ia patah kecuali kemalangan jalanraya teruk, dihempap batu, atau jatuh lebih tinggi 1 tingkat.

“Jadi, kami terpaksa buang rahim kiri dia.”
Rahim manusia ada satu. Celah mana datang belah kiri? Ovari yang ada dua. Kanan dan kiri.

“Kami cadangkan kita lakukan pembedahan laparoscopic, iaitu pembedahan untuk memotong abnominal condition yang terbentuk, cuma…”
Definisi salah. Pembedahan laparoskopik sebenarnya bermaksud pembedahan menggunakan skop kamera dan peralatan yang dimasukkan ke kaviti badan melalui lubang kecil yang ditebuk oleh doktor bedah. Jadi tak perlu belah besar-besar.
Tadi dia kata, komplikasi yang dihadapi adalah keretakan tulang dan pendarahan, tapi dia nak potong abnominal yang terbentuk pula. Mana datang pula abnominal tu?
Abnominal tu aku pun tak tahu apa maksudnya. Mungkin dia nak sebut abdominal atau abnormal kot.
Abdominal = sesuatu berkenaan abdomen(perut).
Abnormal = tidak normal.
Ayat ni tak masuk akal langsung. Memang caca marba.

“cuma, keadaan ini akan menjejaskan peluang isteri encik untuk hamil.”
Tadi doktor dah kata dah buang ovari, dah buang rahim. Maka, bukan sahaja menjejaskan, malah isteri lelaki tu ada peluang hamil. Bayi nak membesar dalam apa jika tiada rahim.

Selalunya, aku jarang nak ulas hal-hal skrip drama ni. Jika silap sedikit, boleh tutup mata. Namun, skrip yang ini, tak ada sepotong ayat pun yang logik dan masuk akal. Teruk sangat.

Advertisement

Mohon penulis skrip, pengarah dan produser drama untuk semak skrip dengan doktor dahulu sebelum buat penggambaran.

Tak susah.

PM je FB Medical Mythbusters Malaysia atau Medtweetmy. Kami akan beri khidmat nasihat agar drama anda tepat dari segi amalan perubatan.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
-Medical Mythbusters Malaysia
-Medtweetmy

Memang kelakar juga penerangan doktor tersebut, walau untuk penulis yang tiada latar belakang dalam bidang perubatan, hanya belajar biologi semasa di sekolah sahaja.

Krew penerbitan drama Titian Cinta bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri berkenaan perkata tersebut. Nantikan penjelasan mereka selepas ini.- beautifulnara.com

Advertisement

Comments are closed.

Loading...