Satu adegan dalam drama 50 episod Dendam Aurora menjadi ‘bahan’ di Twitter kerana menampilkan seorang doktor merawat pesakit yang terkena sawan dengan menyumbat sudu ke mulut pesakitnya.
Drama lakonan Ungku Ismail, Nabila Huda, Shah Iskandar dan Mia Nasir ini kini sedang ditayangkan di sebuah rangkaian Astro.
Adegan yang diperkatakan menunjukkan watak doktor yang dilakonkan oleh Nadia Brian merawat seorang pesakit sawan dengan meletakkan sudu ke dakam mulut pesakit itu. Secara sinis, Dr Afiq Rahim memberitahu sekiranya doktor itu sedang melalui pemeriksaan, dia akan gagal dan mungkin telah ponteng kelas perubatan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kasihan pelajar ini. Kena repeat year lah jawapnya. Time kelas asyik memonteng. Dapat pesakit sawan masa exam, pi letak sudu dlm mulut pula? pic.twitter.com/Oo32dVA3Ir
— Dr Afiq Rahim @ DAR (@affick_rahim) November 2, 2017
Lagi best time exam, examiner bagi hint yg dia dh salah, dia cakap pd examiner “U doktor k atau I doktor” then terus sumbat sudu dlm mulut ?
— Dr Afiq Rahim @ DAR (@affick_rahim) November 3, 2017
bodoh nye bkan mcm tu la patient epilepsy x bole ade apa2 pon kat mulut mse kne tu
— ×the_lonely-river× (@aiman47282) November 3, 2017
Yup yang pasti kena baring left lateral utk elak aspiration
— Miss Jue (@JupiterAbel) November 4, 2017
dan kne bgi ruang dan jauh kan segala bende2 yg boleh mendatangkan bahaya kat patients
— ×the_lonely-river× (@aiman47282) November 4, 2017
Iya, memang golongan profesional perubatan juga menonton drama Melayu, jadi mungkin pihak produksi patut membuat sedikit pemeriksaan mengenai cara sebenar merawat seorang pesakit kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan umum terutamanya bila mereka berhadapan dengan situasi sebenar.
Sebelum ini, drama Titian Cinta juga ditegur oleh seorang pengamal perubatan kerana penerangan seorang doktor dalam drama itu mengenai keadaan pesakitnya tidak logik dan melalut.-beautifulnara.com