Sultan Pahang Titah Masjid & Surau Buat Solat Hajat Untuk Arwah Zara – “Agar Proses Keadilan Dipermudahkan..”

Berita

Sultan Pahang Titah Masjid & Surau Buat Solat Hajat Untuk Arwah Zara – “Agar Proses Keadilan Dipermudahkan..”

Bukan saja membuat netizen pilu, malah Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut tidak terkecuali dengan memberi titah kepada semua masjid dan surau di Pahang mengadakan solat hajat.

sultan pahang titah solat hajat untuk zara

Advertisement

Difahamkan, tujuan solat tersebut dititahkan oleh baginda kerana mahu mendoakan agar Allah SWT memberi kemudahan sepanjang proses mencari keadilan buat Allahyarham Zara Qairina, 13, yang disyaki meninggal dunia akibat dibuli di sekolah asrama di Sabah.

Paduka Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.

sultan pahang titah solat hajat untuk zara

Dapat dilihat, arahan tersebut dinyatakan di dalam satu hantaran di akaun Facebook Kesultanan Pahang pada Ahad.

Sekadar info, kisah melibatkan arwah Zara ini sememangnya menyayat hati satu Malaysia, lagi-lagi kuburnya perlu digali semula pada Sabtu lalu untuk melalui proses posmortem bagi mendapatkan kebenaran sebenar tentang punca kematian remaja 13 tahun itu.

ibu Zara Qairina menangis ketika bedah siasat
2025-08-11 11:40:23

"Suasana Sayu, Menitis Air Mata Ibu Zara Qairina Ketika Proses Pengecaman" - Peguam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...