“Suasana Sayu, Menitis Air Mata Ibu Zara Qairina Ketika Proses Pengecaman” – Peguam

Trending

“Suasana Sayu, Menitis Air Mata Ibu Zara Qairina Ketika Proses Pengecaman” – Peguam

Tidak tahan melihat keadaan anaknya, ibu kepada Zara Qairina iaitu Noraidah Lamat menitiskan air mata ketika menatap wajah remaja itu semasa proses pengecaman dibuat sebelum proses bedah siasat.

Itu yang dikongsikan oleh peguam yang mewakili Noraidah, Hamid Ismail sewaktu bertemu petugas media berhubung proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I).

Advertisement

Suasana sayu ketika proses pengecaman

Ketika memaklumkan hal tersebut, proses bedah siasat masih berlangsung dan sudah dijangka akan mengambil masa yang lama untuk selesai.

Suasana di dalam sayu, ibunya tadi sedih. Dia menitiskan air mata ketika proses pengecaman tetapi dia kuat.

peguam keluarga Zara Qairina

Ada kesan cedera

Terdahulu, Hamid menafikan kewujudan ‘tangan ghaib’ di dalam bilik bedah siasat dan memaklumkan hanya ibu bapa, pakar perubatan, pihak polis dan pasukan peguam, Shahlan Jufri.

Proses bedah siasat tersebut memakan masa selama lapan jam dan setakat ini, peguam mengesahkan terdapat kecederaan pada badan Zara Qairina.

Seperti yang tersebar di media itu, saya tidak berapa ingat jumlah kecederaan, tetapi memang ada patah, memang ada kecederaan.

ibu Zara Qairina

Peguam zara qairina
2025-08-11 09:48:30

"Memang Ada Patah, Seperti Yang Tular" - Peguam Sahkan Ada Kecederaan Pada Jasad Zara Qairina

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani