Bukan saja membuat netizen pilu, malah Sultan Pahang iaitu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut tidak terkecuali dengan memberi titah kepada semua masjid dan surau di Pahang mengadakan solat hajat.
Difahamkan, tujuan solat tersebut dititahkan oleh baginda kerana mahu mendoakan agar Allah SWT memberi kemudahan sepanjang proses mencari keadilan buat Allahyarham Zara Qairina, 13, yang disyaki meninggal dunia akibat dibuli di sekolah asrama di Sabah.
Paduka Baginda turut menyampaikan doa agar ibu bapa serta keluarga Allahyarhamah dikurniakan ketabahan, kekuatan, dan kesabaran dalam menghadapi dugaan ini.
Dapat dilihat, arahan tersebut dinyatakan di dalam satu hantaran di akaun Facebook Kesultanan Pahang pada Ahad.
Sekadar info, kisah melibatkan arwah Zara ini sememangnya menyayat hati satu Malaysia, lagi-lagi kuburnya perlu digali semula pada Sabtu lalu untuk melalui proses posmortem bagi mendapatkan kebenaran sebenar tentang punca kematian remaja 13 tahun itu.