Noor Jan Tuah yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ telah meninggal dunia akibat Covid-19 pada usia 64 tahun. Noor Jan dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 8 pagi tadi di Hospital Selayang.
Berita pemergiannya dilaporkan Abdul Rani Kulup Abdullah di laman Facebook miliknya.
Assalamualaikum. Dukacitanya dimaklumkan bahawa Tuanku Raja Noor Jan Shah telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi di Hospital Selayang. Salam takziah buat mak engku Tuanku Zaidatul Mardiah Yussuf (isteri) serta seluruh ahli keluarga dan kerabat. Semoga roh Almarhum Tuanku dicucuri rahmat. – Tulis Rani Kulup.
Warganet juga dilihat turut bersedih dengan berita pemergiannya kerana selalu menghiburkan rakyat jelata. Jenazahya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda.
Untuk pengetahuan korang, Noor Jan pernah menuntut hak sebagai pemegang waris kerajaan Melaka dan memberikan darjah kebesaran kepada empat orang lelaki pada 28 Disember 2013. Bagaimanapun, semua usahanya tidak diiktiraf dan dituduh di mahkamah kerana menyamar sebagai Sultan Melaka.
Namun pada tahun 2018, Mahkamah Sesyen Air Keroh membebaskan Noor Jan daripada semua pertuduhan ke atas dirinya. Semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara