“Kalau Mereka Cakap Sultan Melaka Tidak Sah, Suruh Sultan Lain Beri Anugerah Kepada Ayah.” – Rani Kulup

Trending

“Kalau Mereka Cakap Sultan Melaka Tidak Sah, Suruh Sultan Lain Beri Anugerah Kepada Ayah.” – Rani Kulup

sultan_melaka_3012_620_465_100

Abdul Rani Kulup Abdullah atau dikenali sebagai “Ayah” yang menerima anugerah daripada Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Tuah membawa kepada Datuk Paduka Mahkota Melaka tidak ambil kisah dengan tanggapan pelbagai pihak yang mendakwa bahawa penganugerahan itu tidak sah.

Advertisement

“Kalau mereka cakap sultan melaka tidak sah, suruhlah sultan lain beri anugerah kepada ayah.

“Banyak jasa saya kepada sultan lain termasuk menjaga pengorbanan kepada bangsa, negara dan agama Islam,” katanya memetik Malaysiakini.

Bukan itu sahaja, Abdul Rani juga berbesar hati dengan penganugerahan itu, memandangkan sebelum ini sering sahaja mempertahankan institusi raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum Melayu.

Namun nampaknya Sultan Melaka Raja Noor Jan sahaja yang ‘sedar’ akan jasanya, meskipun pernah membuat satu sahaja laporan polis demi maruah individu itu.

“Ayah terkejut. Tak sangkalah dengan satu repot pada tahun 2012 lalu beliau berikan ayah anugerah ini. Pastinya saya perlu berterima kasih dengan keprihatinan beliau dan menghargai jasa ayah.

“Ayah buat repot pelbagai isu lain termasuk melibatkan penghinaan kepada sultan Selangor, Johor, Perak dan Kedah. Tapi hanya beliau saja yang beri anugerah,” katanya yang menerima gelaran itu pada Isnin lalu.

Malah Abdul Rani yang sering menggunakan ayat ‘Kipidap’ juga memberitahu beliau tidak menyogok wang ringgit kepada Raja Noor Jan semata-mata mahu mendapatkan gelaran itu.

“Alhamdulillah saya gembira dengan pemberian tersebut, di samping satu hadiah istimewa iaitu pingat penganugerahan. Beliau juga begitu menghargai pengorbanan saya sepanjang 22 tahun dalam pasukan tentera tanah air,” katanya yang juga menerima sebilah keris dan sepersalinan baju daripada Sultan Melaka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...