March 24th, 2016

Isu tentang kehamilan Adira AF cukup mendapat perhatian ramai apabila suaminya Dato Red menggambarkan penyanyi itu sedang hamil dengan meninggalkan komen icon botol susu di Instagram.

Tidak lama selepas itu, Dato Red memuat naik foto gambar berpegangan tangan antara seorang dewasa dan kanak-kanak berserta kapsyen yang menggunakan emoticon wajah menangis, botol susu serta tanda pangkah. Ia jelas menggambarkan seakan mereka kehilangan anak mereka.

Meskipun diasak dengan pelbagai soalan dan spekulasi, Adira masih tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberikan sebarang ulasan lanjut mengenai kehamilannya itu. Adira hanya meminta agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya.

It’s complicated (Ia rumit). Seperti sebelum ini saya tetap dengan pendirian untuk tidak mengulas mengenai perkara itu. Harap peminat dapat doakan yang baik-baik untuk saya.

Jelas Adira, beliau sememangnya mengharapkan untuk mendapatkan cahaya mata sama seperti pasangan lain. Walaubagaimanapun, Adira menyerahkan perkara itu kepada takdir dan tidak merancang apa-apa.

Kami tidak merancang dan jika Allah hendak beri cepat saya bersyukur. Doa-doakanlah.

Kalau tuan empunya badan tidak mahu memberikan sebarang komen, nak buat macam mana lagi kan? Harapnya Adira dan suami akan kekal bahagia selalu, lagipun mereka berdua baru sahaja berkahwin soal anak itu kalau ada rezeki nanti ada lah.

Sumber Berita :mStar Online

 


Comments are closed.

Loading...