Adira AF Keguguran?

Hiburan

Adira AF Keguguran?

Sebelum ini ada yang mengatakan Adira AF sedang hamil anak pertamanya apabila suami Dato Red memberikan komen menggunakan icon botol susu di Instagram Adira sekitar bulan lepas. Bagaimanapun mereka tidak pernah memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Advertisement

Terbaru, ada khabar yang mengatakan Adira mengalami keguguran selepas Dato Red memuat naik foto gambar berpegangan tangan antara seorang dewasa dan kanak-kanak berserta kapsyen yang menggunakan emoticon wajah menangis, botol susu serta tanda pangkah.

Ia jelas menggambarkan seakan mereka kehilangan anak mereka. Malah, akaun Instagram Adira juga sudah dipadam.

Sejauh mana kesahihan berita ini masih menjadi tanda tanya. Jika benar, takziah kami ucapkan kepada Adira dan Dato Red. Tidak mengapa, mungkin belum rezeki. Janganlah bersedih dan putus asa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.