Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adira AF Tidak Mahu Komen Khabar Angin Sudah Hamil

Semalam, agak kecoh juga di laman sosial dimana ada pihak yang mengatakan Adira AF kini sedang hamil anak pertama bersama suaminya Dato Red.

Advertisement

Spekulasi itu mula timbul apabila Dato Red memberikan komen dengan icon botol susu di akaun Instagram Adira.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Adira tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai isu berkenaan kerana ingin menjaga hati banyak pihak.

Adira menganggap setiap berita yang keluar adalah doa daripada orang ramai buat mereka berdua.

Minta maaf…buat masa ini saya tidak boleh memberikan sebarang komen kerana asalnya berita itu bukan keluar dari mulut kami. Cuma apabila diucapkan ramai orang, ia umpama doa buat kami. Apa yang dapat saya kongsi, doakan perkara yang baik-baik buat saya dan suami.

Advertisement

Lagipun banyak hati yang perlu dijaga dan saya memilih untuk mengunci mulut buat sementara waktu. Harap semua faham.

Mungkin juga Adira tidak mahu mendedahkan kehamilannya kerana masih lagi awal, bak kata orang tua-tua tunggu lama sedikit sebelum mewar-warkan kepada umum.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top