Sebelum tibanya hari bersejarah buat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga bersama, pasti banyak ujian dan dugaan yang perlu diharungi.
Seperti cerita yang dikongsikan oleh seorang bakal pengantin di platform Twitter apabila dia meluahkan rasa kesal terhadap orang tuanya yang bersifat mementingkan diri.
Difahamkan, kedua-dua orang tuanya berkeras mahu mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran tetapi tidak membantu menghulurkan wang dan itu memberikan bebanan buat pasangan terbabit.
This is the problem sebenarnya bila nak buat majlis kahwin. Tapi mak bapak yg perah duit anak2 tanpa membantu & menjadi beban pada anak-anak.
Nak tak nak memang kena fight. Please dont do the loan. Just for that 1 day.
Bagi alasan loan tak lulus ke apa. pic.twitter.com/Uk9FC8Ma0S
— TwtWedding (@twtmalaywedding) July 7, 2022
Bukan hanya ingin membuat majlis besar-besaran, malah ibu bapanya juga telah menempah segala persiapan untuk majlis perkahwinan tanpa berbincang terlebih dahulu dengan bakal pengantin.
Tambahan lagi, ibu bapanya sudah memberi pesanan awal-awal bahawa duit ‘salam kaut’ akan diambil oleh mereka dan pengantin tidak boleh mengambilnya.
Luahan bakal pengantin ini telah meraih perhatian di kalangan para netizen dan rata-ratanya merasakan hal yang terjadi ini sememangnya perkara biasa yang akan dihadapi buat pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.
Malah, ada juga netizen memberi nasihat kepada bakal pengantin berkenaan untuk tidak mendengar kata-kata ibu bapanya dan teruskan dengan plan yang hanya ingin membuat majlis kecil-kecilan sahaja.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.