(VIDEO) “Rasa Hebat La Tu?” – Tular Video Pergaduhan, Polis Tahan 7 Pelajar Belasah Rakan

Kehidupan

(VIDEO) “Rasa Hebat La Tu?” – Tular Video Pergaduhan, Polis Tahan 7 Pelajar Belasah Rakan

Baru-baru ini viral di media sosial Facebook satu hantaran video oleh seorang pengguna dikenali sebagai Norfidah Yassin yang memaparkan pergaduhan antara pelajar perempuan di sebuah sekolah telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan pelajar perempuan telah bertindak memukul seorang pelajar perempuan lain dipercayai di Sekolah Menengah Kebangsaan Inanam, Sabah.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, seramai tujuh individu termasuk enam pelajar berusia lingkungan 13 hingga 16 tahun serta seorang bekas pelajar berusia 17 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan susulan video tular tersebut.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan sekumpulan remaja terbabit yang bertindak memukul dan membuli rakan mereka tanpa belas kasihan.

Dah ramai-ramai, rasa hebat la tu.. cuba sorang je.. jentik pun tertonggeng – netizen.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd. Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa pelajar yang dibelasah.

Kita memandang berat berhubung kes ini dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan melibatkan pelajar sekolah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

club
2 years ago

(VIDEO) “Acara Menghina Islam?” - Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita Tiba-Tiba Tanggal Baju Di Kelab Komedi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...