Anak kepada Pencetus Ummah (PU) Abu iaitu Muhammad Adam Aysar yang disangka hanya mengalami demam panas rupa-rupanya telah disahkan menghidapi COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi ketika dihubungi sebuah media baru-baru ini.
View this post on Instagram
Ujar Abu, anak lelakinya yang berusia tiga tahun itu telah mengalami demam panas sehingga mencecah suhu 40 darjah Celsius dan segera dikejarkan ke Hospital Klang pada hari Ahad yang lalu.
“Anak saya Aysar disahkan positif COVID-19 dan keadaannya sekarang tak berapa stabil. Ada masanya suhu okay, lepas tu kadang-kadang suhu naik semula sampai 40 darjah celcius. Sekarang ini anak saya di bawah pemantauan doktor dan dijaga ibunya..”
Dalam pada itu, Abu ibu Aysar masih belum dapat mengenalpasti punca jangkitan tersebut berikutan dia dan isteri tidak dijangkiti virus berkenaan.

Sehubungan dengan itu, PU Abu memohon doa daripada orang ramai agar mendoakan kesihatan anaknya itu kembali pulih dan cepat sembuh seperti sedia kala.
Sekadar info, Muhammad Adam Aysar merupakan anak hasil perkahwinan PU Abu bersama Ain Afini Latif pada Ogos 2018 yang lalu.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
ridiculous
July 9, 2021 at 12:04 pm
teringat ain afini tlg abu kemas2 brg2 utk keluar dari rmh hanna azraa
i mean.. abu talakkan ain
then nikah dgn hanna
lps tu rujuk senyap2 dgn ain.
yg tiba2 pegi rmh hanna utk tlg kemas2 brg2 abu knp?
LOL
laki tu x boleh balik sndr?
pstu igt dh bungkus kain baju tu, dh divorce dgn hanna
rupanya masih nk mengekalkan ikatan suami isteri
riduculous!
tecit
July 14, 2021 at 10:13 am
kdg2 isteri ni mmg aku pon xfaham. cintanya tiada batasan. aku pon xtau samada klu aku berada ditempat die adekah aku akan cinta buta2 mcm die atau jadi rational. ntah laa. ke si abu ni ade pakai ilmu guna2.
Anonymous
July 9, 2021 at 9:45 am
sebab dosa bapanya