Penceramah bebas yang sering saja terpalit dengan kontroversi rumah tangga, PU Abu Sufyan khabarnya telah menerima cahaya mata baru, kelmarin.
Berita gembira itu dikongsikan Abu menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“Segala pujian bagi Allah di atas pemberian ini. Welcome to the world my hero.. Abi love you and all mu kids..” tulis PU Abu di ruangan kapsyen sambil menunjukkan gambar sebelah muka cahaya mata terbarunya itu.
Meskipun tidak mendedahkan sepenuhnya identiti bayi itu, ramai membuat dakwaan bahawa anak itu merupakan hasil perkongsian hidup antaran Abu dan isterinya Ain Afini yang kembali rujuk sekitar dua tahun yang lalu.
“Betullah Ain pregnant. Itu hari dah perasan hint hint. Ain pun dah lama tak selfie..” tulis seorang pengguna media sosial.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, ada juga yang memberi nasihat kepada PU Abu agar menghebahkan status perkahwinannya yang terkini bersama Ain kerana dapat mengelakkan fitnah.
Namun ada juga yang merasakan tindakan Abu itu betul kerana dapat mengurangkan spekulasi daripada orang ramai dan ianya juga bersifat privasi untuk dihebah-hebahkan.
View this post on Instagram
Terdahulu, Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Bin Mohd Mokhtar Rozaidi pernah menceraikan Ain ketika wanita itu sedang sarat hamil anak sulung mereka sekitar Mac 2019 menerusi Whatsapp.
Abu kemudiannya bernikah dengan seorang usahawan wanita bernama Hana Azraa pada tahun 2019 namun dikatakan bercerai setahun kemudian.
tecit
May 18, 2021 at 1:30 pm
hmm. bak kate cik tipah: busuk2, bini tua jugakk. sakit demam pon bini tua jugakk.
sambal pun x sedap
May 10, 2021 at 4:29 pm
hahaha.. kemain ain konon2 xnk kt abu. lps tu siap rujuk balik senyap2 smpai beranak baru. knp rujuk snyap2? sbb malu laa kannnn.. dh pumpang2 kt media.. yucksss. layak laa kome berdua
brunes
May 10, 2021 at 2:29 pm
sickk!!! kat medsos post islamic bagai, tapi kelakuan dajjal.. PU lah ko sangat! org macam mereka ni tercemar nama baik islam