Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sufi AF2015 Tidak Akan Minta Maaf Pada Arif Dollah

Kes tuduhan liwat juara AF2015 Sufi Rashid  terhadap bekas bapa tirinya Arif Dollah telah digugurkan apabila pihak polis Singapura mendapati tiada bukti kukuh yang diberikan.

Advertisement

Susulan kes tersebut, Arif menegaskan beliau akan saman malu terhadap Sufi  kerana telah memfitnah beliau atas gangguan seksual. Namun, dalam satu sidang media yang diadakan  pada bulan lepas, Arif memberitahu beliau mungkin akan berlembut hati sekiranya Sufi tampil memohon maaf kepadanya.

Walaubagaimanapun, Sufi tidak akan meminta maaf kepada Arif dan akn menyerahkan segala siasatan ataupun perkara mengenai kes berkenaan kepada pihak polis.

Pada saya, saya tak terganggu sangat dengan  apa yang terjadi sebab mendengar nasihat daripada pihak polis dan pengurusan saya yang meminta saya untuk tidak memberikan sebarang komen ataupun kenyataan yang menentang pihak Arif.

Saya biarkan pihak polis melakukan siasatan. Jika mereka beri saya green light untuk bersuara ataupun meluahkan pendapat, saya mungkin akan lakukan hal tersebut. Namun, saya tidak akan meminta maaf kepadanya.

Advertisement

Kami harap kes ini dapat diselesaikan secara baik, kalau kedua-dua pihak bertegas dan mahu menegakkan pendirian masing-masing mungkin ia akan menjadi sukar. Apa-apa pun kami tidak boleh komen lebih dan kita lihat sahaja perkembangan kes Sufi AF2015 dan Arif Dollah.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama