October 20th, 2015

Meskipun pernah menegaskan akan tetap menyaman juara AF2015 kerana telah memfitnah beliau atas gangguan seksual, bekas bapa tiri dan bekas pengurus kepada penyanyi Tegar iaitu Arif Dollah mungkin akan berlembut hati jika Sufi tampil memohon maaf kepadanya.

Kalau dia minta maaf terhadap apa yang dia kata mungkin saya akan berlembut hati biarpun tidak secara terbuka.

Tindakan Sufi yang hanya ingin berdiam diri dan terus mengelak untuk menjawab pelbagai persoalan mengenai tuduhan tersebut membuatkan Arif mencabar beliau agar mengemukakan bukti jika selama ini Sufi berada di pihak yang benar.

Arif ketika mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan di Restoran Munif Hijaz Papero, Shah Alam petang semalam mempersoalkan mengapa Sufi tidak pernah melaporkan beliau dipaksa untuk melakukan seks oral bersama bekas bapa tirinya itu kepada pihak berkuasa ketika Arif berpisah dengan bekas isterinya sekitar tahun 2011 sejurus selepas ibu Sufi melaporkan Arif melakukan keganasan rumah tangga.

Ibunya pernah membuat laporan polis terhadap saya ketika kami berpisah pada 2011 dengan mendakwa saya melakukan keganasan rumah tangga. Mengapa ketika itu Sufi tidak melaporkan sekali tentang dakwaan saya melakukan perbuatan terkutuk terhadapnya?

Dia mempunyai peluang besar untuk berbuat demikian kerana ketika itu dia memang berdendam dan tidak sukakan saya kerana mengahwini ibunya.


Sejujurnya Sufi selalu berdolak dalih dan memberikan seribu satu alasan tentang kes beliau bersama Arif Dollah. Antara alasan Sufi beliau redha dengan keputusan mahkamah dan hanya ingin fokus pada kerjayanya buat masa ini.  Apa salah kalau pihak Sufi juga memberikan penjelasan lanjut agar masyarakat tidak terus tertanya-tanya akan kebenarannya.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...