Arif Dollah Tetap Akan Saman Sufi AF2015 Kerana Tuduhan Seks Oral

Hiburan

Arif Dollah Tetap Akan Saman Sufi AF2015 Kerana Tuduhan Seks Oral

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Tindakan Sufi AF2015 satu ketika dahulu yang campur tangan di dalam kes gangguan seksual Tegar dan Arif Dollah nampaknya memakan diri. Sebelum menyertai Akademi Fantasia 2015, Sufie telah tampil mempertahankan Tegar dengan mendakwa dirinya turut sama menjadi mangsa seks oral Arif Dollah ketika berusia 13 tahun. Sufi juga mendakwa dirinya menjadi mangsa Arif Dollah selama setahun selepas Ariff mengahwini ibunya.

sufi af2015

Advertisement

Setelah dakwaan terhadap Ariff Dollah digugurkan kerana ketiadaan bukti, Sufi AF2015 memaklumkan pendedahan yang dilakukan sebelum ini adalah untuk mempertahankan haknya dan Tegar. Sufi juga berharap agar kes ini tidak dibuka kembali. Malah Sufi juga enggan mengulas dengan berkata kes ini sudah ditutup. Namun nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Arif Dollah bakal meneruskan saman malunya terhadap Sufi kerana dakwaan juara AF2015 itu telah menjejaskan reputasinya. Kata Ariff Dollah:-

Kes itu sebenarnya membabitkan saya dan Tegar saja, tetapi Sufi campur tangan kononnya untuk mempertahankan Tegar.

ariff dollah

Di kala nama Sufi sedang meningkat naik, kontroversi sebegini sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan popularitinya. Semoga Sufi tenang menghadapi dugaan ini. Jadikan ini sebagai pengajaran. Di masa hadapan, perlu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan. Kalau tiada bukti, jangan berani tampil mempertahankan orang lain. Tak pasal-pasal jadi begini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...