March 14th, 2015

Kemelut yang dihadapi Tegar dan bekas pengurusnya amat tegang, saat Arif Dollah menyatakan beliau tidak pernah meliwat penyanyi kanak-kanak itu, kini seorang lagi artis telah tampil memberitahu pernah terkena gangguan seksual oleh Arif.

Penyanyi Singapura, Sufie Rashid  mendakwa Arif  yang pernah menjadi pengurusnya  telah menderanya secara seksual  apabila memaksa beliau melakukan seks oral ketika berusia 13 tahun.

Ketika itu saya berusia 13 tahun dan Arif ialah pengurus saya. Jika Tegar menerima gangguan seksual, saya lebih teruk dari itu.

Lebih memeritkan selepas ibu saya berkahwin dengan Arif, saya selalu menjadi mangsanya. Selama setahun saya dipaksa melakukan perkara terkutuk oleh Arif. Bukan saya tidak mengadu kepada ibu, tetapi ibu lebih percayakan suaminya.

Apabila Sufie membuat pengakuan tersebut, ramai yang menyatakan beliau hanya mencari publsiti murahan, hakitkatnya kejadian yang telah menimpa Tegar adalah sebab beliau tampil ke hadapan.

Bodohlah saya jika melakukan ini (pengakuan) kerana publisiti. Saya tak bodoh untuk mencari publisiti dengan menjual cerita melibatkan maruah diri. Tak mungkin saya akan memalukan diri saya sendiri!

Arif sudah melampau…Saya fikir selepas 11 tahun, dia dah bertaubat. Saya hubungi Tegar selepas mengetahui dia diganggu secara seksual oleh lelaki  itu.

Tambah Sufie lagi, Arif sememangnya tidak boleh dipercayai dan akan memutarbelitkan fakta untuk melepaskan diri daripada masalah.

Dia memang pandai putar belit cerita. Saya ada terbaca kenyataan Arif yang menyuruh Tegar membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor sekiranya benar dia diliwat.

Saya merasakan kenyataan tersebut lucu kerana pihak Tegar tidak pernah mendakwa Arif meliwat, tetapi ia hanya gangguan seksual.

Jika sudah dua orang individu tampil dan mendedahkan sikap Arif pasti ada yang tidak kena dengan beliau. Sama-sama kita nantikan apa pula alasan Arif selepas ini ya.

Sumber Berita: Astro Awani

 

 


Comments are closed.

Loading...